Kegembiraan pasangan suami isteri ini menunggu kehadiran cahaya mata mereka bertukar duka apabila anak yang dikandung selama 9 bulan telah meninggal dunia dalam kandungan ibunya.
Menerusi satu perkongsian di Facebook Mr Wan Cai Official, beliau selaku pihak yang menguruskan jenazah bayi tersebut berkongsi cerita sedih ini.
Anak syurga meninggal dunia 9 bulan dalam kandungan ibunya
27 Oktober tarikh anak syurga ini melihat dunia
“Kisah kematian anak syurga yang meninggal dunia 9 bulan dalam kandungan ibunya”.
“Mohon kemaafan kerana lewat untuk membuat perkongsian tentang kisah anak syurga yang telah diuruskan oleh kami”.
Allah tetapkan tarikh itu urusakn jenazah anak syurga ini
“Untuk makluman followers MWCO. Sepatutnya 27 oktober 2020 adalah tarikh untuk anak syurga ini melihat dunia”.
“Namun tarikh kelahiran itu telah Allah tetapkan sebagai tarikh untuk menguruskan pengkebumian jenazah anak syurga ini”.
Anak yang dipangku untuk diazankan dibawa ke tanah perkuburan
“Ibu mana yang boleh menerima kenyataan apabila mengetahui anak yang dikandung selama 9 bulan sudah tidak lagi bernyawa”.
“Bapa mana yang boleh menahan rasa kesedihan apabila anak yang baru dilahirkan sepatutnya dipangku untuk di azankan tetapi dipangku untuk dibawa ke tanah perkuburan”.
Tidak tergambar kesedihan pasangan suami isteri ini
“Tidak boleh digambarkan dengan kata kata kesedihan yang dilalui oleh pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada anak syurga tersebut”.
“Ketika jenazah diuruskan kami juga turut sama rasa kesedihan. Ini kerana anak syurga yang sedang kami uruskan dibilik wakaf jannatul firdaus itu adalah keluarga kami juga”.
“Bapa anak syurga yang kami uruskan itu adalah adik ipar kepada En Faiz yang juga dari unit bilal jenazah muslimin UKVJ”.
Anak syurga ini dimandi dan dikafankan di depan ahli keluarga
“Jadi emosi dan mental beliau pasti terganggu apabila jenazah anak syurga yang sedang dimandi dan dikafankan di depan mata adalah ahli keluarganya sendiri.
“Bukan mudah apabila menghadapi situasi sedemikian. Kuat atau tidak rasa dihati amanah yang ada di depan mata harus dilaksanakan juga”.
Isteri terasa tanda seperti hendak melahirkan
“Pada 24 oktober jam lebih kurang 02.00 pagi si suami telah membawa isterinya ke hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang”.
“Ini kerana si isteri terasa anak di dalam kandungannya ada tanda tanda seperti hendak dilahirkan”.
Anak di dalam sihat dan si ibu pulang ke rumah
“Tetapi doktor memaklumkan belum ada bukaan atau tanda tanda awal anak di dalam kandungan si ibu akan dilahirkan”.
“Doktor juga memaklumkan kepada si ibu anak di dalam sihat lalu menyuruh si ibu pulang ke rumah”.
Anak dalam kandungannya tidak bergerak
“Pada 25 oktober pula ketika bangun dari tidur si ibu dapat merasakan anak di dalam kandungannya tidak bergerak”.
“Ini bermaksud tiada langsung pergerakan bayi yang berlaku di dalam perut si ibu. Lalu si isteri telah memaklumkan kepada suaminya”.
Seperti ada yang tidak kena
“Si suami terus membawa isterinya untuk keluar bersarapan dengan harapan selepas makan anak di dalam kandungan akan bergerak dan aktif semula”.
“Kebiasaannya sebelum ini jika anak di dalam kandungan tidak bergerak si ibu akan terus makan atau minum”.
“Tujuannya supaya anak di dalam kandungan akan sentiasa bergerak dan aktif. Setelah makan dan minum si ibu mendapati anak di dalam kandungannya tetap sama tidak bergerak seolah olah seperti ada yang tidak kena”.
Doktor sahkan anak dalam kandungan tidak lagi bernyawa
“Tanpa melengahkan masa si suami terus membawa isterinya ke hospital untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anaknya itu”.
“Setelah pemeriksaan dilakukan doktor telah mengesahkan bahawa anak dalam kandungan si ibu sudah lagi tidak bernyawa”.
Punah harapan pasangan suami isteri ini
“Punah harapan si suami disusuli dengan suara tangisan si isteri selepas mengetahui anak yang menunggu masa untuk dilahirkan telahpun pergi buat selama lamanya”.
“Kalau di ikutkan tinggal kurang daripada 48 jam untuk si ibu melahirkan anaknya mengikut pada kiraan hari yang diberi oleh pihak doktor. 26 oktober 2020 ketika berada di katil wad bersalin”.
Si ibu lahirkan anak syurga sudah tidak bernyawa
“Si ibu perlu melahirkan anak syurganya walaupun sudah tidak lagi bernyawa. Dalam tempoh 48 jam doktor berusaha untuk membantu si ibu”.
“Dua kali ubat dimasukkan bertujuan untuk mengeluarkan anak syurga dari kandungab secara normal”.
“27 oktober tepat jam 12.00 tenghari doktor terpaksa membuat keputusan untuk mengeluarkan anak syurga yang ada di dalam kandungan menggunakan cara pembedahan”.
Anak syurga berjaya dikeluarkan melalui pembedahan
“Ini kerana risiko si ibu melahirkan secara normal tanpa tenaga selepas 48 jam dan hanya akan membahayakan nyawanya”.
“Pada pukul 01.30 petang selepas dibedah akhirnya anak syurga tersebut telah berjaya juga dikeluarkan oleh doktor”.
“Alhamdulillah, Allah bantu permudahkan urusan si ibu dari menghadapi kesulitan yang sedang dilalui selepas kematian anak syurganya itu”.
Jangan ada rasa kecewa dan marah
“Biarpun niat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian, tetapi percaya dengan percaturan yang telah Allah tetapkan”.
“Belum masa Allah izinkan untuk mempunyai zuriat. Jangan ada rasa kecewa atau marah.
Kerana setiap kejadian yang berlaku punya hikmah tersendiri. Salam takziah untuk ibu dan bapa kepada anak syurga tersebut”.
“Aulian arsy bin mohamad fariz nama anak syurga diberi, menunggu masa untuk menarik ibu dan bapanya ke dalam syurga kelak nanti”.
Salam takziah kepada keluarga anak syurga ini. Moga kalian diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian getir ini.