Connect with us

#MalaysiaBaru

“Kurung rakyat tidak lagi relevan, kaji semula SOP lebih holistik.” – TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat tindakan kerajaan mengurung rakyat tidak lagi relevan selain perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi laporan Awani, baginda dalam masa sama turut mengarahkan seluruh pentadbiran kerajaan negeri Johor agar dapat mempercepatkan inisiatif memerangi wabak COVID-19 di negeri itu.

“Sehingga kini, statistik COVID-19 masih menunjukkan jumlah kes harian yang tinggi dan rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan, saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk.

“Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih… setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” titah baginda pada Ahad.

Tunku Ismail dalam masa sama mencadangkan penggunaan kit ujian saringan secara peribadi dapat diperkenalkan secepat mungkin khususnya bagi golongan barisan hadapan.

Selain itu, Tunku Ismail turut menitahkan agar proses vaksinasi di negeri itu dapat dipercepatkan menerusi pelbagai inisiatif termasuk pembelian terus.

Terdahulu, Baginda berangkat menghadiri satu perjumpaan di Istana Pelangi pada Ahad bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, serta beberapa kakitangan kerajaan negeri bagi membincangkan isu semasa COVID-19.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.