Connect with us

Selebriti

“Kurus sangat tak cantik sis” Dikatakan Terlalu Kurus, Ini Komen Win Amyra Rosli

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik manis, Amyra Rosli yang sentiasa menyinari drama-drama di kaca TV.

Lebih-lebih lagi dengan kehangatan drama Nur yang digilai oleh semua peminat drama tempatan, tentunya Amyra Rosli sentiasa menjadi tumpuan para peminat.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Amyra Rosli telah memuatnaik satu video tentang menurunkan berat badan.

Ramai jugak yg ckp “apesal myra makin kurus sangat skrg ni? “..

Hmm yela kita kan jual jus detox .. bila dah keluarkan product sendiri ni kena la testimoni kat diri sendiri.. korg dah nampak kan, mmg betul2 berkesan kt diri myra.. Xde apa nk risau pun kalau nk consume sbb myra gunakan buah-buahan & botanical juice

Kurus secara sihat kan best!

So siapa2 yg nak langsing n buang lemak2 kt perut tu jom try  

Menurutnya, ramai pemnat yang bertanya bagaimana Myra dapat mengekalkan kelangsingan tubuh badannya.

Rata-rata peminat memuji kecantikan dan cara Amyra menjaga kesihatan secara sihat.

Walaubagaimanapun, masih ada netizen yang mempersoalkan Amyra dengan mengatakan terlalu kurus pun tak cantik.

Baca: “Siapa kata myra tak pernah gemok? NAHH!! TENGOK NI..” Amyra Rosli Diperli Netizen

Malah ada juga yang mengatakan tubuhnya yang kurus menyebabkan dirinya nampak tua.

Walaubagaimanapun, tidak melatah dengan komen-komen itu, Amyra dengan ‘cool’ menjawab.

Ini komen win dari Amyra Rosli

 

Menurut Amyra, sebagai manusia biasa ini tiada yang sempurna dan baginya dikatakan kurus pun Myra tak kisah kerana suaminya suka.

Diharapkan semua orang tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.