Kebersihan dalam sesebuah perniagaan amatlah penting apatah lagi jika perniagaan tersebut berasaskan makanan. Sudah pasti setiap pelanggan menitik beratkan bab kebersihan demi kesihatan mereka.
Pun begitu, isu peniaga pengotor bukanlah satu perkara yang baru ikutan pelbagai situasi yang dapat kita lihat di media sosial tentang peniaga dan pelanggan.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok @dilamusthafa berkongsi sebuah video tentang seorang peniaga yang dilihat melakukan perkara yang menjijikkan.
Menerusi video tersebut, peniaga tersebut mengambil balik lidi yang telah dibuang oleh pelanggan. Malah lebih teruk lagi, tanpa dicuci terlebih dahulu, dia terus menggunakan lidi tersebut. Kita yang tengok ni pun loya tekak, apatah lagi mereka yang dah pun menjamah.
Cuba bayangkan, lidi tersebut sudah dibuang oleh pelanggan A namun digunakan semula dan dimakan oleh pelanggan B. Kita tidak tahu kuman dan virus apa yang ada pada lidi tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan peniaga tersebut yang dianggap sangat tidak wajar dan pengotor serta mampu mendatangkan mudarat pada pelanggan.
“sebab tu kalau makan benda cucuk2 macam ni kat kedai.. pastikan lepas habis makan patahkan lidi tu..” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar peniaga diluar sana dapat berniaga dengan lebih jujur dan ikhlas.
Antara komen warga maya:
“Dia amik lidi tu dia basuh dia jemur depan rumah. Aku nampak dengan mata aku”
“Nampak depan mata dalam tong sampah dikutip kumpul banyak2”
“dah lama perasan, sebab tu tak makan situ dah”
“dia basuh depan mata juga lepastu dia cucuk makanan lain.. oranglain dah gigit2 lidi tu dah jilat2 pastu basuh balik..”
“makan situ selalu dapat yang basi..”
Video yang tular di laman TikTok: