Connect with us

Viral

Lagi ‘Drama’ Budak Prasekolah! Melekat Pada Badan Guru Macam Spiderman Tak Mahu Lepas, Cikgu Layankan Saja

Sejak mulanya sesi persekolah tahun ini, bermacam-macam ragam dapat kita lihat terutama sekali bagi anak kecil yang baru pertama sekali masuk ke sekolah.

Iospital phone repair gombak

Memandangkan di sekolah tiada ibu bapa mahupun penjaga, gurulah yang harus mengambil alih melayan kerenah anak-anak ini.

Baru-baru ini tular aksi seorang murid memanjat gurunya seperti Spiderman di hadapan rakan-rakan sekelas.

Guru lelaki yang dipanjat pun melayankan sahaja anak muridnya, tak ubah seperti seorang ayah. Sambil mendukung, dia meneruskan sesi pengajaran dengan penuh semangat.

Guru berkenaan, Zainal Somingan berkata, itu adalah ragam biasa yang berlaku pada sesi pembukaan persekolahan bagi murid-murid prasekolah.

Malah, lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu insiden ‘dukung’ sedemikian turut melibatkan beberapa murid lain sejak hari pertama persekolahan pada Isnin lalu.

“Budak umur lima atau enam tahun pertama kali pergi sekolah, belum biasa dengan kawan-kawan baharu, jadi perasaan takut tu mungkin ada. Bukan hari pertama je, tapi berhari-hari.

“Macam ada kes seorang murid ni, dia menangis nak ikut balik ayah dia. Saya pujuk sambil dukung dia, sudahnya dia tak mahu lepas terus nak dukung selama beberapa minit,” katanya.

Menurut guru yang mengajar di Sabak Bernam, Selangor itu, yang dilakukannya adalah salah satu cara untuk keselesaan murid-murid prasekolah supaya dapat membiasakan diri dengan suasana baharu.

“Sebagai guru, kita tak boleh menggunakan kekerasan. Apabila dia sudah diam selepas dipujuk, ada pula kawannya pula yang menangis… jadi macam bergilir kena dukung untuk memujuk.

“Ada yang saya cuba turunkan walaupun selepas dah tak menangis, tapi naik semula ‘panjat’ nak dukung. Lengan lenguh tapi saya dah biasa,” katanya yang berasal dari Sabak Bernam.

Berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang perguruan, Zainal tetap meneruskan sesi pembelajaran bersama semua murid di kelas walaupun dalam keadaan mendukung murid.

“Saya mengekalkan hubungan sebagai guru dengan murid-murid. Walaupun ada murid yang didukung, saya tetap meneruskan sesi perbualan pagi tanpa mengabaikan murid-murid lain.

“Masa belajar, belajar, masa bermain, boleh bermain. Saya mahu kesemua mereka berasa seronok datang ke sekolah.

“Ambil masa untuk mereka biasakan diri. Ada yang berdukung berhari-hari sampai dua minggu dan paling lama setengah jam,” katanya sambil menambah isterinya juga guru.

Zainal yang merupakan lantikan guru cemerlang prasekolah sejak 2012 menerima Anugerah Emas dalam pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 2014.

Turut dikenali sebagai Wak Jenal, guru ini juga menerima Anugerah Perak dalam pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah Peringkat Kebangsaan anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu di Melaka pada 2018 dan 2021.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, bukan semua guru boleh mengajar murid-murid prasekolah.

“Setiap tahun murid baharu dan emosi masing-masing tak sama. Guru kena ada unsur ‘kecindan’ iaitu bertukar mengikut situasi murid dan bijak mengambil hati mereka.

“Harapan kita adalah mereka menunjukkan pencapaian yang positif. Murid tu dari zero, hujung tahun boleh mengeja, menulis, membaca dan seterusnya bersedia untuk melangkah ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Video yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Continue Reading
Advertisement