Terdapat banyak faktor mengapa ramai yang bekerja di tempat yang sama sehingga bertahun lamanya contohnya persekitaran yang selesa, rakan kerja yang positif dan minat yang tinggi terhadap pekerjaan tersebut.
Bahkan ada juga yang sudah selesa melakukan sesuatu pekerjaan sehingga ianya seakan menjadi rutin malah sayang untuk meninggalkan pekerjaan tersebut.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana aksi seorang gadis menggunakan kalkulator di dalam sesi ‘live’ di platform Tik Tok mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Twitter, dapat kita lihat gadis itu sedang berada di tempat kerja sambil menyiapkan sedikit urusan.
Namun apa yang menarik tumpuan ramai adalah gadis tersebut menekan kalkulator dengan sangat pantas ketika membuat kira-kira sambil memandang ke arah dokumen sehinggakan dia digelar sebagai ‘gadis kalkulator’ oleh netizen.
Lebih menarik adalah dia berjaya melakukannya tanpa membuat kesalahan walaupun menaip dengan begitu pantas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan kebolehan yang ada dalam diri gadis tersebut.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman TikTok: