Connect with us

Viral

Laju Tak Tentu Hala, Konvoi Ferrari Singapura ‘Santai’ Potong Double Line Undang Geram Netizen

Ketika berada di atas jalan raya, pasti ada saja yang akan menguji kesabaran kita. Sering juga disebabkan kecuaian orang lain, nyawa kita pula yang terancam.

Iospital phone repair gombak

Yang paling geram bila ada sesetengah pemandu selamba saja memotong barisan. Seperti yang kita tahu, memotong barisan adalah satu kesalahan lalu lintas dimana pelaku boleh didenda sebanyak RM300.

Terbaharu, sekumpulan konvoi Ferrari Singapura menerima kecaman netizen apabila tular satu video memaparkan mereka memotong garisan berkembar, sehingga membahayakan pemandu lain.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Perak itu sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok, @sitirohayahahmad_85 yang mendakwa dihimpit oleh kereta-kereta Ferrari itu sehingga dia sekeluarga nyaris terlibat dalam kemalangan.

Apabila jalan dari arah bertentangan mempunyai ruang, Ferrari Roma dan Ferrari 458 dengan laju memotong garisan berkembar, menyebabkan beberapa orang pemandu tempatan terpaksa ke tepi jalan untuk mengelakkan pertembungan.

Ruangan kosong di hadapan @sitirohayahahmad_85 pula segera diisi oleh tiga buah Ferrari bernombor pendaftaran Singapura yang memotong garisan berkembar dari belakang.

Pun begitu, lagak ngeri konvoi itu tidak berakhir di situ saja apabila kelihatan sebuah Ferrari 488 berwarna kuning sudah terbabas di tepi jalan sekitar kawasan Bukit Gerik.

Pada April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menyatakan terdapat 108,757 saman tertunggak trafik dan saman berstatus waran tangkap buat warga Singapura masih belum dijelaskan.

Di ruangan komen, ramai yang berang melihat tindakan berbahaya pemandu dari Singapura berkenaan sehingga pemandu lain terpaksa mengalah dan memberi laluan kepada mereka.

Dalam pada itu, selain berharap agar pihak polis dapat mengenakan hukuman kepada pesalah, netizen turut berseloroh mengatakan punca Ferrari kuning itu terbabas adalah kerana balasan daripada Tuhan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“kalau aku la….. aku berenti lepas tu gelak pakai loudspeaker maksimum volume”

“berhenti n pergi kt dy… u ok k?… ptt tepuk tangan😅”


“bukan kereta je.. lori kawe pon dio epek lg….”

“Nasib x terjun gaung.. Atas highway boleh la. Ini jalan bukit bukan cam genting. 😅😅”

“tdi lalu kwsan baling pon sama jgk bwa punya la laju.”

Video yang tular di laman TikTok

@sitirohayahahmad_85yg kuning memotong yg merah himpit kereta aku…nasib baik aku selamat…ko yg terbabas…dr kelantan tadi lagi puak2ni

@sitirohayahahmad_85♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Continue Reading
Advertisement