Bukanlah satu isu yang baharu dimana ada warga asing yang menunggu di lampu isyarat merah untuk meminta sedekah.
Bahkan ada yang ‘mengamuk’ jika tidak diberikan wang. Ada juga yang sehingga cuba untuk membuka pintu kereta orang awam demi mendapatkan wang. Nyata sikap sebegini sangatlah tidak wajar.
Meskipun perkara tersebut sudah dilarang oleh pihak berkuasa demi keselamatan bersama, namun masih ada segelintir yang tetap berdegil.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana kelihatan dua orang peminta sedekah tampil dengan imej ‘patah leher’ dimana membalutkan kain pada bahagian leher seakan-akan cedera di bahagian itu mencuri perhatian ramai.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai hairan adalah kedua-dua mereka patah leher pada waktu yang sama dan kedua-duanya peminta sedekah.
Apa yang lebih melucukan adalah, kedua-dua peminta sedekah yang ‘sakit’ ini dilihat sangat aktif berjalan serta pantas menoleh kepala ke kiri dan ke kanan seolah individu yang sihat tubuh badan.
“Eh! Ramainya patah tengkuk.. Bukan main laju menoleh kiri kanan, tak padan dengan tengkuk patah” perli pengguna TikTok ini di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mereka.
Bukan itu sahaja, netizen juga meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan modus operandi yang digunakan oleh peminta sedekah dalam usaha mendapatkan wang dengan mudah.
Antara komen warga maya:
“Hahaha kroni tu.. lain macam boleh toleh kiri kanan”
“Ni mesti ada time table.. syif tengkuk 12-4.. syif tangan 4-8.. syif kaki 8-12”
“Bersangka baik.. dia jatuh moto sama2 time nak datang sini..”
Video yang tular di laman TikTok:
Adoii boleh pula macam tu ye.. apa-apa pun harap orang ramai lebih berhati-hati..