Connect with us

Viral

“Lama tenung harga..” Wanita Penuhi Kehendak Anak Buah Ketika Birthday, Akui Teringat Jasa Arwah Abang

Kehilangan orang yang tersayang pasti memberikan impak yang cukup besar dalam kehidupan seseorang apatah lagi bila perginya insan yang bergelar ibu atau pun ayah.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, ibu dan bapa saudara lah yang akan mengambil alih tanggungjawab untuk membuat mereka gembira.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Alin Azlin yang mengasihi anak saudaranya, Mizan dan dia tetap menyambut hari lahir remaja lelaki itu walau tarikh ulang tahun kelahirannya sudah berlalu.

Memetik laporan mStar, dia meluangkan masa membawa Mizan keluar ke pekan demi memenuhi keinginan serta kehendaknya.

“Birthday dia dah lepas. Cikcu (gelaran Alin) dengan Acik (suami Alin) baru sempat jumpa dia hari ni.

“Tadi dalam kereta tanya Mizan nak makan apa? Ada apa-apa yang Mizan teringin nak makan?

“Dia cakap nak makan KFC (Kentucky Fried Chicken),” jelasnya di ruangan kapsyen TikTok.

Menurut Alin, nenek dan adik beradiknya yang lain turut memberi sumbangan wang demi meraikan Mizan yang sudah kematian bapanya, iaitu abang kandung Alin.

Dia kemudian menggunakan hasil wang sumbangan tersebut untuk memenuhi beberapa permintaan Mizan.

“Tadi sebelum pergi nenek bagi duit suruh belikan hadiah. Cikyah (ibu saudara) bagi duit minta bagi dekat dia. Sedekah birthday.”

“Acik tanya Mizan apa yang tak ada? Dia cakap Mizan tak ada kasut. Acik cakap tak apa Acik tambah duit nenek berikan,” ujar Alin.


Dapat kita lihat, Mizan mencuba sepasang kasut baharu di sebuah kedai menjual pakaian dan kasut sukan al-Ikhsan.

Kelihatan wajah Mizan begitu gembira dan tersenyum lebar sambil membawa keluar sepasang kasut baharu jenama Nike pemberian ibu saudaranya.

“Belikan dia kasut mahal sikit biar pakai tahan lama.”

“Masuk al-Ikhsan tanya dia nak kasut jenama apa. Dia cakap nak (jenama) Nike. Lama dia tenung sambil tengok harga.”

“Cikcu dengan Acik doakan Mizan jadi orang yang berjaya dunia akhirat. Selamat hari lahir Mizan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Alin turut menjelaskan bahawa jasa arwah bapa Mizan terhadapnya adalah lebih besar berbanding apa yang dilakukan olehnya.

Namun, tiada penjelasan lanjut diberikan tentang apa yang telah dilakukan arwah bapa Mizan kepadanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui sebak melihat nasib budak lelaki itu namun akui bersyukur masih ada ibu dan bapa saudara yang sangat penyayang dan mengambil berat tentangnya.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpendapat bahawa saebaik-baik sedekah adalah kepada darah daging sendiri dan baru lah orang lain yang lebih memerlukan.

Antara komen warga maya:

“Semoga jadi anak yang berjaya… jangan lupa jasa mak dan pak sedara..”

“Sebaik baik sedekah adalah untuk darah daging sendiri.. tahniah.. semoga murah rezeki selalu..”


“Alhamdulillah di kurniakan pakcik/ makcik yang baik..”

“Sebak rasa hati ni..”


Video yang tular di laman TikTok:

@alinazlinhamzah Besday dia dah lepas..cikcu dgn acik baru sempat jumpa dia hari ni..tadi dalam kereta tanya mizan nak makan apa..ada apa2 yang mizan teringgin nak makan.dia ckp nak mkn kfc. td sebelum pergi nenek bg duit suruh belikan hadiah..cik yah bagi duit mintak bagi dkt dia..sedekah besday..acik tanya mizan apa yang tak ada…dia cakap mizan xde kasut..acik cakap tak pe acik tambah duit nenek, belikan dia kasut mahal sikit..biar pakai tahan lama.masuk #alikhsan tanya dia nak kasut jenama apa..dia ckp nak nike..lama dia tenung sambil tengok harga..cikcu dgn acik doakan mizan jadi org yang berjaya dunia akhirat…selamat hari lahir mizan…. #anakarwahabang ♬ Sedetik Lebih – Anuar Zain

@alinazlinhamzahBang…anak kau datang sendiri semalam,pergi rumah mak abah.Dia dah besar…Bukan senang dia nak datang rumah mak..sebab dia tau banyak sangat kenangan dia dengan arwah ayah dia dekat sini…kalau dulu datang je mesti dia nangis…cikcu doakan mizan terus kuat,jadi anak yg soleh..Berjaya dunia akhirat.♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

Continue Reading
Advertisement