Masih ingatkan kita pada ‘abang viva’ yang pantas hulurkan bantuan semasa banjir tahun lalu sehingga ada ‘founder’ yang ingin menghadiahkannya kereta dek kerana sikapnya yang baik dan prihatin terhadap orang lain.
Baru-baru ini nama ‘abang viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar ini menjadi sebutan oleh kerana telah membuat kejutan untuk kekasihnya secara ‘live’ di TikTok mencuri perhatian ramai.
Bukan sahaja baik hati malah boleh tahan ‘sweet’ juga abang viva ni ya..
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat abang viva dengan selamba mengeluarkan cincin dan melamar teman wanitanya sehingga membuatkannya terkejut.
Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali lamarannya dianggap seperti ‘main-main’, pemuda tersebut terus memanggil nama penuh wanita itu yang dikenali sebagai Evanoza dan bertanyakan semula sama ada dia sudi menerima ataupun tidak.
Malah wanita tersebut dengan malunya memaklumkan bahawa abang viva itu sendiri tahu jawapannya dan tidaklah perlu dia ungkapkan lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengucapkan tahniah buat abang viva malah mendoakan agar urusan mereka selepas ini dipermudahkan dan cepat ‘naik pelamin’.
Tidak cukup dengan itu, ada netizen yang sempat berseloroh dengan bertanyakan kepada abang viva adakah lamaran tersebut adalah lamaran yang mengikut sop dek kerana jarak jauh.
Antara komen warga maya:
“lamar ikut SOP ke ni bang viva”
“suami isteri yang bahagia jika dah kawen nanti”
“baek do abang viva! selamat pengantin baru bang”
“alaa sweet sangat.. sekarang tukar Abang Viva pada Abang Eva”
Video yang tular di laman TikTok: