Connect with us

Semasa

Lambaian Sekumpulan Muallaf Menyentuh Hati, Bila Pertama Kali Bertemu Kaabah

Penghijrahan saudara baru dalam Islam amat dialu-alukan dan disambut dengan tangan yang terbuka.

Pastinya umat islam sangat terharu apabila dapat berita-berita mengenai penghijarah oleh saudara baru ke dalam agama islam.

Menyentuh hati dengan sikap muallaf yang bersungguh

Lebih menyentuh perasaan apabila, sifat dan sikap bersungguh-sungguh muallaf ini mempelajari serta mendalami ilmu agama amat dikagumi.

Sementara itu di laman sosial Twitter, telah tular perkongsian mengenai sekumpulan muallaf dari negara Eropah.

Mereka menunaikan ibadah umrah

Kumpulan ini telah menunaikan ibadah umrah sehingga menyentuh hati dan meraih perhatian ramai.

Disamping itu, beberapa keping foto juga telah turut dikongsi dan dimuat naik yang memaparkan sekumpulan muallaf ini sedang beribadan di hadapan kaabah.

Melihat sendiri kebesaran Kaabah didepan mata

Menurut laporan lanjut kesemua dari ahli kumpulan ini pertama kali jejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Mekah dan dapat melihat sendiri kebesaran Kaabah didepan mata.

Apabila gambar ini tular dan berjaya meraih lebih 15,100 ulang kicau dan 33,600 tanda suka, salah seorang ahli kumpulan mualaf itu telah meninggalkan komen.

Muallaf dari pelbagai negara 

Jelasnya diruangan komen berkenaan, perkara ini telah berlaku kira-kira sekitar tahun 2018 pada, bulan Disember.

Menurutnya lagi, kumpulan mualaf itu terdiri daripada pelbagai negara seperti German, Perancis, Finland, Netherlands, Russia, UK dan banyak lagi.

Dia sangat bersyukur menjadi salah seorang tetamu

Ujarnya lagi, dia sangat bersyukur menjadi salah seorang tetamu dan berada dalam kumpulan yang sama.

Semoga mereka ini sentiasa dibimbing dan kisah ini menjadi inspirasi kepada ramai orang diluar sana.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.