Sebelum ini Vivy Yusof tular kerana komen yang dikeluarkan mengenai bantuan sara hidup semasa PKP.
Nampaknya, tidak surut dengan itu satu lagi isu dikaitkan dengan beliau apabila tudung keluaran terbarunya itu.
Hal ini menyebabkan Vivy Yusof kali ini membuat netizen kembali bercakap perihalnya berhubung pelancaran tudung terbaru keluaran jenama dUCk miliknya.
Lancar tudung rekaan terbaru
Menerusi instagram theduckgroup, satu posting mengenai pelancaran tudung dengan corak rekaan baharu bertemakan seni lukis.
Namun begitu, satu posting yang dimuat naik oleh seorang model mengenai corak rekaan duck scarves terbaru yang dilancarkan itu.
Personaliti televisyen itu yang juga seorang model, Nia Atasha atau SleepyIllama yang mengatakan corak rekaan tersebut seakan sama seperti yang pernah dikeluarkan pada 2018.
Nia luah rasa ralat
Ekoran itu, Nia menerusi Instagramnya telah meluahkan rasa ralat terhadap apa yang berlaku dan beliau turut memuat naik gambar tudung yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Ini maklum balas Vivy
Walaubagaimanapun, menjawab dakwaan berkenaaN, Vivy turut menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.
Rekaan tersebut sejak pertengahan tahun 2018
Vivy berkata, rekaan tersebut sudah dirancang lama sejak pertengahan tahun 2018 lagi dan designernya telah melakukan kerja dengan baik.
Selain itu, Vivy juga sempat memaklumkan sebahagian bahawa keuntungan keluaran ini akan diberikan kepada pusat jagaan anak yatim.
Netizen membanjiri ruangan komen
Rata-rata netizen turut meluahkan pelbagai reaksi mengenai isu berkenaan. Ruangan komen dibanjiri dengan pendapat masing-masing.
Semoga segala perselisihan faham dapat diselesaikan dan diharap semua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik.