Connect with us

Viral

Langgar Belakang Myvi Sampai Kemik, Warga Asing Kata RM50 Cukup Untuk Baiki Kerosakkan Buat Ramai Berang

Kemalangan sememangnya boleh berlaku dimana sahaja tanpa mengira tempat dan masa terutamanya kemalangan di atas jalan raya.
Iospital phone repair gombak
Terkadang, kita sudah memandu dengan penuh berhemah namun dek kerana sikap cuai orang lain, kita pula yang terkena tempiasnya bahkan kos untuk membaiki kerosakkan pada kenderaan bukanlah murah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu Myvi dilanggar oleh warga asing mencuri perhatian ramai.

Menerusi video dashcam yang dimuat naik, bahagian belakang keretanya dikatakan rosak kemik kerana dilanggar oleh seorang warga asing yang memandu Toyota Hilux.

Dapat kita lihat, sewaktu semua kenderaan bergerak perlahan, tiba-tiba datang sebuah Toyota Hilux di belakangnya melanggar kereta terbabit dan pemandu trak pikap itu terus turun daripada kenderaannya untuk melihat kesan pelanggaran tersebut.


“Lelaki ini kata RM50 sudah cukup untuk baiki kerosakan kereta saya,” kata pemilik Myvi yang memuat naik video berkenaan.

“Saya sudah call workshop, mereka kata RM350. Tapi lelaki warga asing itu tiada duit, cuma ada RM100 sahaja,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan jumlah ganti rugi yang warga asing ingin bayar malah jelas tidak masuk akal.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga sempat menasihatkan orang ramai agar tidak ‘deal tepi’ jika berlaku perlanggaran agar tidak tertipu bahkan perlulah melalui saluran yang betul.

Antara komen warga maya:

“Report polis.. bukti ada.. claim dia punya insurance”

“50 hingget dapat beli apa je barang myvu.. mentol je kot 2 3 biji..”


“Rm 50 tu andai terjadi dekat motor, nak tukar 1 part pon tak lepas. ni kan pulak kereta rm50.. alahai mangkuknya…”

“Nasib baik dia tak cakap.. ‘tak apa, nanti balik you sapu minyak gamat.. 2 hari nanti dia baik'”

“Report je.. jangan bagi muka dengan alasan takde duit la citer tepi la”


Video yang tular di laman Facebook:

Continue Reading
Advertisement