Lampu isyarat merupakan salah satu sistem keselamatan untuk memudahkan aliran lalu lintas di kawasan persimpangan.
Namun, insiden melanggar lampu merah boleh dikatakan sering terjadi di Malaysia.
Hal ini berlaku sikap tidak sabar dan mementingkan diri sendiri oleh pengguna-pengguna jalan raya ketika menghampiri lampu isyarat dan perkara ini boleh mengundang padah serta mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya sama ada mendatangkan kecederaan atau maut.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini seorang pemandu Myvi kuning memecut walaupun lampu isyarat berwarna merah nampak dari jauh di satu kawasan yang mempunyai jalur lintasan pejalan kaki mencuri perhatian ramai.
Menerusi rakaman video, kereta tersebut nyaris merempuh seorang pelajar sekolah yang mahu melintas jalan tersebut.
Bagaimanapun, oleh kerana refleks pantas yang dilakukan oleh pelajar tersebut, dia terselamat daripada dirempuh namun berkali-kali menoleh kebelakang kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Lebih biadap, pemandu tersebut dilihat terus memandu meninggalkan kejadian tersebut tanpa rasa bersalah walaupun lampu isyarat masih berwarna merah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir masyarakat yang suka melanggar lampu isyarat bahkan tidak berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki melintas terutamanya para pelajar.
Tidak cukup dengan itu, netizen berharap agar pihak berkuasa segera menahan pemandu Myvi tersebut untuk dikenakan tindakan tatatertib kerana melakukan pelbagai kesalahan, lebih-lebih lagi nyaris menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki.
Antara komen warga maya:
“tapi muka dia memang takde rasa bersalah langsung..”
“kalau melibatkan anak2 memang aku angin 1 badan”
“selalu saya lihat orang nak lintas ikut garisan melintas ni tidak diberi ruang oleh pemandu yang lalu. ni lagi dah terang2 ada lampu isyarat merah masih nak bedal”
“harap pihak berkuasa pantau”
“jangan main2 kalau langgar budak sekolah yang pakai lengkap lencana sekolah..lagi2 kalau dekat kawasan sekolah”
Video yang tular di laman Tiktok: