Connect with us

Selebriti

“Laratnya dia..” Jogging Sambil Bawa Anak Lepas 2 Bulan Bersalin, Elisya Sandha Raih Perhatian Ramai

Ramai yang mengatakan selepas melahirkan anak harus berpantang secara tradisonal dengan menggunakan herba, berurut, berbengkung dan sebagainya. Walhal cara ini sebenarnya tidak memadai. Namun ada pakar fisioterapi menjelaskan ibu yang berpantang hendaklah melakukan senaman yang ringan untuk mengembalikan semula kekuatan dan stamina badan secara perlahan-lahan.

Terdahulu, seorang pelakon Nur Elisya Sadha Binti Hassan atau lebih dikenali sebagai Elisya Sandha yang merupakan adik kepada Fasha Sandha ini telah selamat melahirkan anak sulung perempuannya, Bunga Elhaq.

Pun begitu, sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti sentiasa berkongsikan gambar anak di platform media sosial untuk ditunjukkan kepada peminat-peminatnya.

Raut wajah anak sulungnya itu saling tidak tumpah seperti bapanya Uzair Haqimy yang juga merupakan seorang pengarah dan pelakon.

Baru-baru ini, Elisya telah memuat naik sebuah video di laman TikTok memaparkan dirinya sedang bersenam ditemani oleh anaknya, Bunga Elhaq yang sedang nyeyak tidur itu telah menarik perhatian warganet. Baru sahaja dua bulan melahirkan anak secara pembedahan, aktiviti senaman bukanlah satu penghalang buat dirinya.

Menerusi video tersebut, Elisya Sandha yang lengkap berbaju sukan dan seluar legging hitam itu dilihat sedang berlari sambil menyorong ‘baby stroller’ di kawasan perumahannya. Dia turut melakukan senaman lain seperti ‘squat’ di sisi Bunga yang sedang lena tidur itu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan stamina pelakon ini yang melakukan aktiviti senaman walaupun baru melahirkan anak perempuanya itu 2 bulan lalu. Bukan itu sahaja, ada yang meluahkan kerisauan terhadap Elisya yang sudah kembali aktif dalam masa yang singkat.

Antara komen warga maya:

“Bukan lepas 6 bulan baru mummy-mummy boleh jogging dan angkat berat ke..sorry kalau salah..”



“Baby ke patung tu? Comel sangat..”


“Laratnya dia , rasanya dia baru 2 bulan lepas bersalin jogging tapi jog bape langkah je kut tu… Saya pun dah 3 bulan kaki lembik cam nak terjatuh tak kuat”

“Ingat baby tidur kita jogging iya, jangan main tiktok..”

“Hhahaha bunga tu lah keje dia tido je..bagusnya tak meragam..”

Video yang tular di laman TikTok:

@elisyasandhaaa Me and my Bunga ❤️ #fyp #bungaelhaq ♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5m tontonan, 96.8k tanda suka, 439 komen, 1295 simpanan, 562 perkongsian di laman TikTok.

Continue Reading
Advertisement