Connect with us

Viral

Laung Azan Merata, Akhirnya Makcik Senah Dijumpai Tetapi Hanya Tinggal Rangka Pada Hari Ke-15 Pencarian

Terdahulu, tular di dada akhbar tentang kehilangan seorang warga emas berumur 74 tahun bernama Aliah Omar di sekitar kawasan Felda Sungai Selamah.
Iospital phone repair gombak
Mesra disapa Mak Cik Senah, dia dikatakan tidak pulang setelah keluar daripada rumah dan anaknya mendapati sarapan yang dihidangkan langsung tidak dijamah.

Misi mencari Cik Senah giat dijalankan pada hari yang sama dengan bantuan pihak bomba dan polis serta orang kampung yang lain.

“Kebiasaannya saya akan hantar makanan iaitu sarapan pagi, tengah hari dan malam sebelum menguruskan ternakan kambing di belakang rumah dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Tetapi pada hari kejadian, sarapan pagi masih tidak terusik dan kali terakhir saya berjumpa dengan mak sehari sebelum itu di kawasan kampung sekitar jam 5 petang dengan memakai baju kurung warga hijau dengan corak bunga kuning,” katanya

“Pihak polis, pasukan bomba dan penyelamat serta orang kampung turut membantu mencari mak di sekitar kampung sehingga ke kawasan kebun kelapa sawit dan getah dekat sini termasuk kampung mak di Kampung Keru.

Pun begitu, tiada sebarang petunjuk walaupun sudah masuk hari ke tujuh pencarian bahkan laungan azan juga dilakukan berkali-kali setelah menemui jalan buntu.


“Ada juga beberapa pasukan paranormal datang membantu selain mengadakan solat hajat dan melaungkan azan di kawasan sekitar pencarian.

Memetik laporan Sinar harian, anak bongsunya Che Roshidee Che Harun akui risau dengan keadaan ibunya yabg masih bergantung dengan ubat atas faktor kesihatan serta urusan makanan minumnya.

“Apa yang saya risaukan kesihatan ibu, makan minumnya sebab kalau kita tak makan sehari pun sudah lemah inikan pula warga emas. Saya mohon doa daripada semua pihak supaya mak segera ditemui.”

“Bagaimanapun sehingga semalam, masih belum ada sebarang petunjuk dan keadaan ini membimbangkan tambahan pula mak ada penyakit darah tinggi malah bergantung pada ubat.”

Lebih pilu, petang semalam rangka yang dipercayai milik Che Senah telah pun dijumpai di Ladang Sawit Felda Sungai Kelemah.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pengecaman yang dibuat oleh anak si mati berdasarkan pakaian, rangka itu dipercayai adalah Aliah Omar, 74.

“Tulang dan rangka berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian yang tular di Facebook:

Kami daripada pihak YOY Group menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dan didoakan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah (Dibaca)

Continue Reading
Advertisement