Seringkali kita lihat di media sosial dimana ada segelintir manusia yang berperangai aneh dimana gemar untuk makan makanan pelik.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mempunyai makanan kegemarannya tersendiri iaitu bebola ikan mentah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @4myle_, dapat kita lihat dia sempat merakam gelagat aneh kawan sebiliknya.
Kelihatan mereka sedang berada di dalam sebuah bilik namun apa yang membuatkan ramai hairan apabila rakannya itu sedang mengunyah snek sambil melihat telefon bimbit ketika sedang lepak.
Ternyata snek yang dikunyah bukan snek yang biasa, tapi bebola ikan mentah! Dimakan dengan begitu sahaja dari plastik seakan makan keropok.
“Bila ada roomate suka makan yang bukan-bukan” ujarnya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut tergamam melihat perangai rakannya itu.
Namun apa yang mengejutkan adalah sebenarnya ramai daripada kalangan netizen yang turut gemar makan bebola ikan mentah!
“Aku kalau nak masak pastu nak letak ni en, yang letak dalam masakan 3/4 biji je. Yang lain semua masuk mulut aku. Hahaha sedap!” – Netizen
Ada juga netizen yang akui sebenarnya bebola tersebut sudahpun separuh masak jika beli di dalam paket jadi tidak ada masalah jika dimakan.
Antara komen warga maya:
“Kalau mak tengah nak masak bihun auto tangan caoai masuk mulut dulu..”
“Hahaha dulu ada jugak dapat roomate yang makan pelik2.. biskut kucig pun dibedalnya..”
“Weyy dia buat jajan kunyah kunyah macam tu je ekk”
“Dulu kerap gila makan macam ni tak kesahah crab stick ke sosej yang tak masak..”
“Ingat aku sorang je buat rupanya ada jugakk..”
Video yang tular di laman TikTok: