Connect with us

Viral

Lelaki Berbasikal Melambung Dilanggar MPV, Netizen Berdebat Salah Siapa

Hobi berbasikal dikatakan hobi kayangan kerana harga basikal kini agak tinggi disebabkan permintaannya yang semakin rancak.

Ia adalah satu hobi yang bagus memandangkan rakyat Malaysia kini lebih cenderung melakukan aktiviti sihat.

Namun, pelbagai isu telah dibangkitkan apabila hobi berbasikal ini dilihat satu hobi yang mengganggu orang lain seperti berbasikal secara leka di jalan raya.

Ini boleh dikaitkan dengan sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan beberapa penunggang basikal dipercayai sedang menguji kelajuan basikal mereka di satu kawasan jalan raya yang curam.

Video yang tular di Twitter:

Namun begitu, salah seorang daripada ‘cyclist’ itu telah ditimpa kecelakaan apabila dia telah terlanggar sebuah kereta mewah yang cuba membelok untuk masuk ke sebuah simpang pada waktu yang sama.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter tersebut, dilihat penunggang basikal tersebut menunggang dengan laju sehingga tidak sempat menarik brek ketika melihat kereta tersebut melintas.

Bagaimanapun, difahamkan penunggang basikal itu hanya mengalami kecederaan ringan meskipun kelihatan impak dari pelanggaran itu agak dahsyat dan ngeri.

Menjengah ke ruangan komen dari warganet, rata-rata mereka memberikan pendapat di mana ada sesetengah mereka menyalahkan pengguna basikal itu kerana mencuba untuk ‘test’ kelajuan di tempat yang salah dan ada juga yang mendakwa pemandu kereta berkenaan yang salah.

 

Seperti yang kita tahu bahawa aktiviti berbasikal adalah baik untuk kesihatan mental dan fizikal. Walau bagaimanapun, kepada anda yang ingin melakukan aktiviti ini atau sedang melakukannya, perlulah sentiasa peka akan keselamatan diri serta mendapatkan nasihat profesional untuk memastikan aktiviti tersebut sesuai untuk anda.

Sumber: Twitter @fadmnf

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.