Mesti semua orang pernah nampak tempat parking yang di khas kan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU). Setiap tempat letak kereta mesti ada tempat khas untuk orang OKU terutama di tempat shopping mall, hospital, berhadapan dengan kedai dan di mana-mana sahaja tempat letak kereta.
Hal ini lebih memudahkan mereka yang menggunakan kerusi roda atau kurang keupayaan lain untuk masuk ke dalam mall, hospital dan lain-lain.
Namun kini, ramai yang seakan-akan hilang rasa prihatin dimana ‘selamba’ parking di tempat letak kenderaan OKU tanpa memikirkan orang lain yang lebih memerlukan.
Manakan tidak, mereka yang ‘selfish’ ini malas hendak mencari parking dan sengaja mahu cari parking yang dekat dengan pintu masuk.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana ‘cara’ lelaki ini yang ingin mendapatkan tempat letak kereta OKU jelas mengundang kecaman ramai.
Kejadian berlaku di salah sebuah pusat membeli belah di ibu negara Kuala Lumpur dimana memaparkan lelaki tersebut mengadu sukar bagi mendapatkan ‘parking’ akibat ramai pengunjung.
Menerusi video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter, @pedoqpop, kelihatan salah seorang daripada mereka telah berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) sekali gus berjaya meletakkan kenderaan di petak khas.
“Aku ada kat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Pastu Ajim cakap kalau nak parking, kena buat satu cara. Betul-betul dapat parking.”
“Tapi cara dia pelik sikit la, kau tengok ni. Betul-betul dia jadi cacat. Ni kalau kantoi dengan pengawal keselamatan, memang mati. Tapi kau tengok kereta hitam aku tu, dapat parking! Terima kasih Ajim,” katanya.
Video yang tular di Twitter:
Ketika artikel ini ditulis, video pendek berdurasi 38 saat tersebut telah meraih 25.8K tontonan beserta 285 ulang kicau.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya merupakan tindakan yang sangat biadap dan mereka seolah-olah mengambil kesempatan sekaligus ‘mencaras’ kemudahan yang disediakan ke atas golongan OKU.
Berikut merupakan komen warga maya: