Sudah menjadi lumrah orang kita. Bila nampak orang lain meniaga makanan, dia pun nak meniaga. Baguslah ada persaingan sihat selain memperbanyakkan lagi pilihan makanan.
Tapi yang tak bestnya, kita selalu dengar makanan terutamanya kuih muih berinti kebanyakannya kosong! ‘Angin’ sahaja yang dijual. Sebagai contoh, karipap angin, lepat pisang kosong dan macam-macam lagi.
Lebih menyakitkan hati apabila makanan yang dijual mahal namun tidak berbaloi dengan hasilnya. Begitulah cerita yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang menggunakan nama Aremen Yb di TikTok.
Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu menceritakan dia membeli apam polkadot dengan seorang peniaga namun bertukar kecewa setelah ‘membedah’ kuih merah jambu tersebut.
Menurutnya, peniaga bukan sahaja tidak jujur, malah apam tersebut dicaj dengan harga mahal tetapi kualiti tidak setanding harga yang dibayar.
“Aku bukannya nak complain sangat bab-bab makan ni kan. Aku tak suka sebenarnya nak complain. Tapi, aku beli benda ni (apam polkadot), bagi anak-anak aku makan.
“Mahal. Tapi aku tak kisah pun. Cuma nampak wahhh ni dia tulis perisa nutella. Nampak lak coklat dekat tepi tu Nutella. Tak kisah harga mahal mungkin pakai nutella tu yang mahal.
“So, bila aku ingat macam karipap je yang berangin, sekali aku buka, tiada inti gais. Dia celet tepi tu je,” ceritanya kesal.
Tambahnya, apabila dia mengadu kepada peniaga, dia pula dimarahi peniaga tersebut kerana mengadu tentang apam polkadot.
“Dan, aku beritahu lah, ‘kak, ini takda inti ke kak, kosong je, ada nutella tepi ni je kak, kosong, angin je ha’. Dia marah aku balik. Tak apa lah, telan je lah. Beli pun dah beli,” luahnya.
Meninjau ke ruangan komen, netizen berpendapat memang wajar lelaki itu untuk naik angin. Malah ada juga yang pernah terkena dengan peniaga sebegini di tempat lain.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“buat ghaso ghaso je katenye..😂😂”
“akak yg niaga tu pulak naik angin ye 😂”
“peniaga ni klau ditegur naik hangin yg kita beli pakai duit tak berangin 😁”
Video yang tular di laman TikTok