Jika ternampak manusia timbul tidak kiralah di sungai, tasik, empangan, pantai walhal kolam renang sekali pun, pasti kita akan berasa panik kerana takut individu tersebut merupakan mangsa lemas.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana penduduk di Bangkok, Thailand dikenutkan dengan satu sosok manusia yang terapung di dalam saluran air kotor mencuri perhatian ramai.
Menyangka ianya mayat manusia yang lemas namun tangkapan mereka salah kerana dia merupakan seorang lelaki yang masih hidup sedang bertafakur.
Difahamkan sebelum itu beberapa orang di tebing terusan cuba menjerit ke arah mayat yang terapung untuk memastikan ia benar-benar mati.
Lalu datang seorang lelaki muda dengan berani turun ke dalam air kotor itu bagi menyelamatkan dia namun apabila disentuh rupanya masih bernyawa.
“Kami fikir dia sudah mati! Semua orang menjerit tetapi dia tidak bergerak. Apabila seseorang cuba menariknya keluar dari air, dia tiba-tiba bercakap. Dia berkata dia hanya bermeditasi.” kata seorang anggota penyelamat, Sommatr Promvog.
Penduduk kampung bagaimana pun tetap menelefom ambulans malah keputusan pemeriksaan kesihatan mendapati dia berada dalam keadaan sihat lalu lelaki tersebut dihantar pulang dan disarankan untuk mencari tempat yang lebih sesuai untuk bermeditasi.
Tidak tahu bagaimana dia terfikir untuk bermeditasi di tempat yang penuh sampah sarap dan sangat kotor itu, diharapkan orang ramai lebih memikirkan baik buruk sebelum melakukan sesuatu perkara agar tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Video yang tular: