Seringkali kita lihat selepas mengambil vaksin penuh, ramai orang akan memberi ganjaran kepada diri sendiri seperti makanan atau minuman yang mahal sebagai tanda untuk kepuasan diri.
Begitu juga dengan pemuda ini, namun ia sedikit unik dan comel kerana dia mengajar neneknya untuk minum air kayangan namun reaksi neneknya agak menghiburkan.
Menurut video yang dikongsikan oleh pemuda itu, neneknya baru sahaja selesai mengambil dos vaksin yang kedua dengan kapsyen ‘Nenek Minum Starbucks’.
Lantaran dengan itu, dia membeli air Starbucks sebagai ganjaran buat neneknya selepas divaksin.
Pemuda itu dilihat memegang air minuman Starbucks yang baru dibelinya sebagai hadiah untuk diberi kepada neneknya itu kerana telah lengkap dos vaksin.
Dia kemudian menyuruh neneknya untuk merasa minuman tersebut. Apa yang lebih menarik perhatian adalah reaksi neneknya selepas meminum air itu.
“Ni air untuk nenek. Ni air ni untuk orang cucuk.”
Namun selepas merasa air tersebut, reaksi muka neneknya berkerut oleh kerana air itu terlalu manis buatnya lalu bertanya soalan yang mencuit hati kepada cucunya.
“Air apa tu?”
“Nah, nenek minum la”
“Ni milo ye? sedap.” kata neneknya dengan selamba.
Reaksi lucu neneknya itu telah mendapat banjiran komen di tiktok oleh netizen kerana dengan polosnya menggelar minuman kayangan itu sebagai milo.
“Selamber je nek ckp milo ko.haha ye nek milo harga rm20”
Tidak ketinggalan juga ramai yang meluahkan rasa rindu kepada nenek mereka yang telah pergi buat selamanya selepas melihat video tersebut.
Justeru netizen turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan neneknya di ruangan komen dan pemuda itu juga mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan neneknya.
“Semoga nenek awak sentiasa sihat diberi kekuatan selalu. Rindu arwah wan n Arwah nenek saya”
“Thankyou awk semua yang mendoakan nenek saya. Alhamdulillah nenek sihat lepas second dos”
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 747.5K views, 54.7K likes dan 2,114 komen di TikTok.
Video tular di laman TIktok