Lelaki Ini Menukar Gurun Kepada Hutan Dengan Menanam Pokok Setiap Hari Selama 40 Tahun
Pada tahun 1979, seorang remaja yang sangat risau dengan hakisan tanah di kawasan kediamannya telah mula menanam beberapa batang pokok.
Sepanjang empat dekad kemudian, Jadav Payeng terus menanam pokok dan kini dia telah membuat satu hutan yang lebih besar daripada Central Park New York. Usaha Jadav di Pulau Majuli di utara India ini tidak pernah disedari oleh sesiapa selama beberapa tahun.
Jadav tinggal di Majuli, di negeri Assam, yang merupakan ‘pulau di kawasan sungai’ terbesar di dunia.
Pulau ini sangat mudah terdedah kepada hakisan tanah dan ada pakar mendakwa bahawa dalam masa 20 tahun ia boleh terhakis sepenuhnya.
Setahun selepas banjir besar pada tahun 1979, Jadav memutuskan bahawa dia akan menanam anak pokok di tanah yang tandus untuk membantu tanah airnya. Jadav berikrar untuk menanam pokok setiap hari untuk masa depan dan 40 tahun kemudian, hutannya telah berkembang menjadi 550 hektar!
Sebagai perbandingan, Central Park di New York adalah seluas 341 hektar.
Jadav menjelaskan:
“Tempat ini penuh dengan pokok-pokok. Saya telah menanam segalanya sendiri.”
“Pada mulanya penanaman sangat memakan masa tetapi kini lebih mudah kerana saya mendapatkan benih dari pokok itu sendiri.”
Jadav tetap berdedikasi untuk menjaga hutannya dan akan terus menanam pokok sehingga “nafas terakhir”. Ayah kepada tiga orang anak ini berkata dia lebih suka ketenangang di hutan berbanding suasana di bandar yang sibuk.
Kisahnya yang luar biasa kini telah menjadi viral dan ada di dalam dokumentari Forest Man:
Para saintis telah menyeru orang ramai untuk mengikuti contoh teladan Jadav. Dr Arup Kumar Sarma dari Institut Teknologi India berkata:
“dia telah menunjukkan contoh bahawa jika seseorang boleh, dengan usaha sendiri, melakukan jenis ladang ini, maka mengapa tidak orang lain.”