Connect with us

Semasa

‘Lelaki Jadian’ Pakai Ihram Di Hadapan Kaabah, Undang Kecaman Netizen

Kota Mekah mempunyai sejarah yang cukup istimewa, antaranya ia merupakan sejarah rumah Allah yang pertama didirikan untuk manusia. Namun begitu, masih ada individu yang berani mencabar perintah Allah di kota suci Mekah ini.

Memetik laporan Oh My Media, baru-baru ini tular suatu kejadian di mana seorang wanita ‘pengkid’ memakai ihram ketika umrah.

Seperti yang kita tahu, ihram ialah dua helai kain yang tidak jahit dipakai oleh jemaah lelaki.

Manakala bagi jemaah perempuan harus memakai telekung seperti yang dipakai sewaktu solat.

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang mengaku dirinya lelaki bertindak memakai ihram, sepatutnya telekung yang disarungnya sewaktu mengerjakan ibadah umrah di rumah Allah itu.

Menerusi satu ciapan di Twitter pengguna @Aliyameha, dia menyatakan bahawa seorang wanita berpenampilan lelaki telah pergi mengerjakan umrah memandangkan ia adalah satu penipuan yang sangat menakutkan.

Pada masa yang sama, @Aliyameha turut mengaku bahawa dia mempunyai segala bukti berkenaan penipuan wanita tersebut.

Antara bukti yang disebutkan termasuklah alamat, nombor kad pengenalan dan butiran peribadi yang lain termasuk beberapa mesej mengajaknya untuk berkahwin sedangkan mereka sama-sama berjantina perempuan.

Melalui ciapan yang telah dibuat oleh pengguna tersebut, dia menyelitkan sekali tangkap layar (screenshot) video pengkid tersebut yang memakai ihram di hadapan Kaabah sedang melakukan tawaf di sana.

Pengkid tersebut dikatakan telah menggunakan visa pelancong untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah terbabit sebagai seorang lelaki.

Disebabkan ada beberapa pihak yang meragui akan kenyataan @Aliyameha, dia langsung menyelitkan sekali video yang telah dihantar oleh ‘lelaki jadian’ itu ke dalam ciapannya sebagai bukti yang dia bercakap benar.

Ekoran daripada bebenang ciapan itu, ada individu yang mendedahkan bahawa ‘lelaki jadian’ itu pernah bekerja dengan mereka suatu ketika dahulu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan marah akan tindakannya itu yang mencemari kesucian kota Mekah itu.

Bukan itu sahaja, ada yang gerun melihat tindakannya itu seakan mencabar kekuasaan Allah.

Antara komen netizen:

“MashaAllah. When agama is nothing to some of yall. Tak takut ke? Beraninya main-mainkan agama 😖”

“bodo ke? lepas ni kalau jemaah malaysia susah masuk lepas ni mmg nk kena la dia ni. eih marahnya akuuuuu”

“Takot ye takod. Kita pulak yg takod tgk dia seberani itu.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.