Connect with us

Viral

Lelaki Kongsi Video ‘Diganggu’ Ketika Bekerja Atas Kapal, Siap Main Kerusi Buat Netizen Seram

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.

Sering kali kita dengar, ada yang berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang berkerja di atas kapal ini ‘diganggu’ oleh makhluk halus pada pukul 3 pagi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @asnawihamdan, kelihatan dia terpaksa membuat kerja di lantai kerana dikatakan di mejanya ada ‘Abdul rahman’.

Pada mulanya ramai yang menyangka abdul rahman itu adalah rakannya namun siapa sangka, ‘abdul rahman’ itu adalah gelaran yang diberikan oleh lelaki ini kepada makhluk halus yang sering mengganggunya.

Dapat kita lihat, ‘abdul rahman’ bermain kerusi dengan menggerakkannya ke kiri dan ke kanan malah lelaki ini juga sempat mengatakan kepada ‘abdul rahman’ bahawa dia sedang bekerja.

“Si Abdul Rahman main kerusi pula dah.. kau nak apa man.. aku tengah kerja ni..” ujar lelaki tersebut

Video yang tular di laman TikTok:

@asnawihamdan Reply to @mohdhanif5110 kalau dicari mungkin boleh jumpa ##marineengineer #engineteam #malaysianseafarer #rolling #badweather ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan lelaki tersebut mempunyai hati yang sangat kental dan ada juga yang menganggap mungkin lelaki tersebut sudah terbiasa malah lali dengan situasi begitu ketika berada di atas kapal.

Dalam masa yang sama, para netizen juga terhibur dengan gelagatnya yang selamba meletakkan gelaran kepada ‘benda’ tersebut

Antara komen warga maya:

“tak scam. orang salah tafsir.. saya tulis dah di caption #badweather #rolling”

“ajak la sembang tanya macam mana persiapan raya”

“hati kena kental bro.. atas kapal mana mau lari..”


Ramai ke salah faham maksud abang ni? cuaca buruk rupanya.. kikiki yang mana tak faham tu nanti minta brader ni lukis pula ya!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.