Memandu mahupun membawa motosikal terlalu lama sudah pastinya akan memenatkan badan. Bila badan penat mula la rasa mengantuk.
Bila rasa mengantuk pula mestilah kena tidur kan? Orang kita selalu abaikan keselamatan diri di atas jalan raya.
Sebagai contoh, bila badan perlukan rehat, kita selalu paksa badan untuk terus bekerja demi sampai ke destinasi yang dituju.
Tertidur semasa mengawal kenderaan atau sering dipanggil microsleep hampir meragut nyawa lelaki ini apabila dia tertidur semasa menunggang motosikal!
Situasi cemas itu sempat dirakam oleh seorang pemilik dashcam dan dimuat naik di sebuah page Facebook bernama DashCam Owners Malaysia.
Video memaparkan lelaki itu pada mulanya memberikan lampu isyarat kanan namun tak sampai beberapa saat motornya melencong ke sebelah kiri lalu merempuh sisi lori!
Motor lelaki itu turut dilanggar pada bahagian belakang oleh tayar belakang lori tangki itu tadi.
Mujur lori tangki yang dipandu tidak berkelajuan tinggi. Lelaki tersebut hampir-hampir digilis lori disebabkan tidak sengaja tertidur.
Selepas lelaki itu tersedar, dia terus bangun dalam keadaan bingung dan membuka helmet lalu duduk berehat di bahu jalan.
Sejak rakaman dashcam itu dikongsi semalam, ianya berjaya meraih 2.7 ribu tanda suka dan 1.2 ribu perkongsian!
Menjengah ke ruangan komen, netizen seriau melihat kejadian cemas itu. Mujur tiada apa-apa yang serius berlaku.
Mereka juga berkongsi pengalaman yang sama seperti yang dialami lelaki di dalam video. Tidak ketinggalan, orang ramai turut meninggalkan tip agar tidak tertidur di atas motor.
Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di Facebook