Selalunya kalau bawa anak-anak kecil pergi jalan-jalan ke shopping mall, benda pertama yang mereka cari mesti mainan kan? Jangan tak tahu, mereka pun kadang-kadang boleh rambang mata mainan mana yang nak dipilih.
Macam biasalah, kalau tak dibelikan nanti menangis pula. Tak cukup di shopping mall, sampai nak balik ke rumah nanti pun dia merengek gara-gara tak dapat apa yang dihajatkan.
Sama seperti situasi yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok, @fitrinruslee apabila anak perempuannya merengek tetapi bukan disebabkan tidak dibelikan mainan tetapi baju!
Menerusi video yang dimuat naik, anak lelaki ini menangis di dalam shopping mall. Ketika ditanya apa yang dia mahu, kanak-kanak itu terus menunjuk ke arah sebuah kiosk di hadapannya.
Rupa-rupanya, mata anak pemilik video ini sudah terpaku dengan pakaian berwarna-warni yang dijual oleh butik itu. Namun apa yang kelakar, baju yang diinginkan itu merupakan pakaian tidur wanita!
Ayah kepada si cilik ini hanya mampu tertawa dan terus mengajak kanak-kanak tersebut pulang ke rumah. Walaupun sudah berada di dalam kereta, dia masih tidak dapat menahan air matanya.
Walaupun belum sampai tempoh dua hari video penuh drama air mata ini dikongsikan, ianya berjaya mencecah tontonan sebanyak 1.2 juta serta mendapat 107.2 ribu tanda suka!
Menerepong ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat kanak-kanak perempuan berkenaan. Malah netizen turut sempat berseloroh mengatakan mungkin kanak-kanak itu menyangka baju tidur itu adalah gaun princess.
Berikut antara komen-koemn yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Dik, kalau bapak ko beli baju tu silap2 ko dpt adik baru 😂😂😂”
“hahaha berdosa tak klau tergelak😂😂😂”
“Aku imagine td mcm baju gaun frozen tu ka apa ka 😂😂 rupanya”
“haha die igt bju princess”
“Hg jangan mcm mcm dikkk . Bju tu tkboleh pakai jalan jalan dikk 🤣”
Video yang tular di laman TikTok