Connect with us

Viral

Lelaki Tunjuk Cara Makan Roti Tempayan Di Kelantan, Kuah Campur Gula ‘Sebekas’ Buat Netizen Terhibur

Setiap negeri mempunyai makanan tradisonal mereka tersendiri contohnya nasi dagang daripada terengganu, masak lemak cili api dari negeri sembilan, nasi kerabu daripada kelantan dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga mempunyai cita rasa tersendiri contohnya di Negeri Sembilan mereka lebih gemar makan makanan yang pedas kerana bagi mereka makanan tersebut lebih ‘kick’ dah sedap malah di Kelantan pula gemar makan makanan yang manis.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki menunjukkan cara makan roti tempayan di Kelantan mencuri perhatian ramai.

Bagi sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke Kelantan, jangan pelik ya jika roti canai dihidang bersama kuah kari atau kuah dal bersama gula.

Dapat kita lihat, lelaki yang dipercayai berasal dari Kelantan ini juga pada awalnya hanya meletakkan beberapa sudu gula namun tiba-tiba dia menuang kesemua gula yang berada dalam bekas ke dalam piring kuah roti tempayan.

Katanya, itu hanya gambaran sahaja. Tidaklah orang di kelantan makan gula sebanyak itu bersama roti tempayan malah dia meminta orang ramai agar tidak mengambil serius.

Video yang tular di laman TikTok:

@xyeeh_97 Ini baru kelate #fyp #masukberanda #viral ♬ bunyi asal – – 恩も誕‼️

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui takut melihat telatah lelaki tersebut yang menuangkan kesemua gula ke dalam kuah roti tempayan kerana bimbang terkena penyakit kencing manis.

“orang nismilan left the chat”- Netizen

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman pertama kali menjamah roti canai atau roti tempayan di Kelantan dimana dihidangkan bersama kuah dan gula.

Berikut merupakan komen warga maya:

“melebih ni.. orang letak satu sudu kecik je..”

“ni cara merapatkan diri dengan tuhan lagi cepat”

“banyak sangat tu bubuh, agak2 la nak bubuh pun.. marah tuan kedai kang”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.