Connect with us

Selebriti

“Bukan dah haji ke?” Peminat Kecewa Fizo Omar Berseluar Pendek Di Taman Tema

Sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai seorang artis di Malaysia, apa sahaja yang dibuat, pasti akan ada mata-mata yang memerhati dan mulut-mulut yang bersuara.

Artis juga sering menjadi mangsa buli siber oleh netizen tanpa mengira usia, jantina mahupun bangsa. Ada sahaja point netizen untuk menghentam seseorang artis itu.

Sebelum ini, pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar terpalit dengan isu dia menjadi duta kepada satu jenama forex trading iaitu OctaFX, turut bergandingan bersama Wak Doyok.

Tidak cukup dengan isu mempromosikan iklan forex, nama Fizo Omar kembali hangat selepas memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya beberapa hari lepas.

Menerusi gambar yang dikongsi, Fizo dan keluarga telah pergi bercuti taman tema Legoland, Johor. Di dalam gambar tersebut memaparkan mereka masing-masing memakai pakaian mandi.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah Fizo ‘sengaja’ mendedahkan aurat dengan mengenakan seluar pendek paras atas lutut, secara tidak langsung mengundang kritikan jemaah netizen.

Seperti yang seluruh umat Islam tahu, aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Selain itu, aurat merupakan anggota badan yang wajib ditutup terutamanya dari pandangan orang bukan mahram.

Menjengah ke ruangan komen, netizen kecewa melihat pakaian artis tersebut padahal sudah pernah pergi menjalankan ibadah haji. Mereka turut menegur Fizo agar lebih cakna tentang isu aurat.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

“Plsss proper covering the aurah… Malu ke anak…. Hmmmm”

“Aurat laki kena lps lutut harap maklum. Bini masing2 pandai2 la tegur. Karang asyik suruh doakan yg baik2 kalau diri sendiri tak nak ubah tak jadi jugak kannnn”


“Sedih pula rasa..Fizo kan DH Pg haji..kenapa masih berseluar pendek..😢”

Hantaran yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.