Sifat ‘Racist’ sememangnya ada pada segelintir individu apatah lagi jika ada yang ‘pukul rata’ terhadap sesuatu perkara contohnya isu mengenai sesetengah pemandu myvi yang ‘buat hal’ di atas jalan raya. Tak pasal-pasal, habis semua pengguna Myvi dijadikan bahan ketawa atau sindiran.
Sama juga dengan individu yang berasal dari negeri Kelantan, pastinya akan disisih oleh segelintir individu atas sebab-sebab tertentu.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar dari Kelantan dakwa disisih oleh rakan-rakannya hanya kerana berasal dari negeri terbabit mencuri perhatian ramai.
“Baru memperkenalkan diri sebagai orang Kelantan, ramai yang tiba-tiba senyap dan menjauh.” Ujarnya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @_.mecacomel, difahamkan pelajar ini dipalau hanya kerana rakan-rakannya beranggapan jika seseorang berasal dari negeri Kelantan maka individu itu merupakan red flag.
Menurutnya lagi, disebabkan ramai beranggapan seperti itu, dia berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
Berdasarkan satu lagi video lain, dapat juga kita lihat dia terpaksa duduk berseorangan di dalam bas dek kerana rakan-rakannya yang enggan bergaul dan masing-masing duduk di ‘seat’ lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan nasib lelaki ini malah menasihatkan agar menghiraukan sahaja rakan-rakannya itu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang tampil berkongsi pengalaman yang sama hanya kerana dia anak kelahiran Kelantan.
Antara komen warga maya:
“Pahtu kalau berkawan dengan orang2 kelantan, kena kata kita berpuak pula”
“Aku biasa kena time…”
“Takyah kisah bos.. ingat niat nak belajar je.. macam saya dulu macam ni juga.. last2 yang benci tu lah yang rujuk kita selalu pasal assignment..”
“Dah biasa siap kena palau lagi.. sakit mat 3 tahun sorang2”
Video yang tular:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 139.2K tontonan, 12.7K tanda suka, 459 komen, 497 simpanan dan 102 perkongsian di applikasi TikTok.