Kebelakangan ini nama usahawan terkenal iaitu Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor sering menjadi bualan ramai sejak pelancaran produk terbarunya iaitu Inai Nunha.
Manakan tidak, pelbagai isu yang timbul mengenai inai tersebut, ada yang meragui halal haramnya, ada yang mengkritik warnanya yang agak gelap seolah ‘tersepit pintu’ dan banyak lagi.
Bagaimana pun, ramai juga yang memberikan komen positif terhadap inai tersebut dimana ianya merupakan inai asli yang berwarna terang serta ditapis sebnyak 9 kali dan tidak mempunyai ‘2 tone’ di kuku.
Terbaru, muncul pula satu dakwaan yang mengatakan ejen dan stokis produk tersebut merungut inai tidak habis dijual mencuri perhatian ramai.
Menerusi tangkap layar yang diambil daripada TikTok itu, ramai pelanggan inai NunHa telah ‘cancel order’ di saat akhir atas sebab yang tidak diketahui.
Bukan itu sahaja, malah ada juga agent yang akui masih tersisa 500 botol inai Nunha yang tidak terjual.
“Saya ada 500 kotak lagi. Rasa macam nak drop harga je. Janji pulang balik modal semula. Lepas ni tak nak join jual dah.” ujarnya.
Oleh kerana tidak mendapat sambutan, Ada juga agent yang ingin menjual semula stok dengan harga yang murah agar dapat ‘cover’ balik modal.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati melihat nasib agent yang terpaksa menanggung kerugian dek kerana jualan mereka tidak mendapat sambutan.
Tidak cukup dengan itu, Netizen juga mendakwa sistem pengurusan jualan produk inai Nunha ini tidak sistematik dan menyusahkan penjual kerana terpaksa ‘packing’ sendiri produk sebelum dihantar kepada pembeli selain untung penjualan yang sedikit.
Antara komen warga maya:
“teruk sangat sistem inai nunha.. lambat dapat stock cust cancel order.. dah leader hantar stock agent kena packing sendiri.. untung ciput je.. ”
“founder gah kata barang laku.. hakikatnya terkubur dekat stokis dengan agent..”
“udah nape tak laku.. kata nunha 9x tapis..”
“kesiannya ejen & stokis.. semoga dipermudahkan”
Perkongsian yang tular: