Connect with us

Selebriti

“Lepas solat Asar, baby mengeras” Hanis Zalikha Terpaksa Berbuka Puasa

Para pminat pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pastinya tahu di mana sekarang mereka sedang menantikan anak yang kedua.

Sudah memasuki trimester ketiga, Hanis masih tetap menjalankan kewajipan sebagai umat Islam untuk berpuasa.

Namun begitu menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Hanis memberitahu bayi di dalam kandungnnya mengeras dan tidak aktif.

Risau dengan keadaan itu, Hanis terpaksa berbuka puasa apabila disuruh oleh suaminya.

Menurutnya doktor juga memberi reaksi positif apabila memberitahu dia tidak berpuasa. Katanya setiap wanita berbeza dan ada yang sensitif kerana air ketuban boleh berkurangan apabila berpuasa.

Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras.

Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.

Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan.

Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila.

Aigo, Daddy dia pun kata

“ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”.

Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.

Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang.

Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!

Rata-rata netizen mendoakan kesihatan Hanis Zalikha dan anak yang di dalam kandungan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.