Bergelar usahawan dan jutawan muda serta berjaya membawa jenama sendiri ke ‘next level’, Khairul Aming turut dikenali sebagai ‘Sifu Shopee’ kerana jualan Sambal Nyet yang sering sold out.
Famous dengan trade mark ‘Hi guys’ di setiap video, Khairul aming mula mencipta nama apabila membuat ‘30 hari 30 resipi masakan’ pada setiap kali Ramadan menjelma saban tahun sekaligus menaikkan lagi pengikutnya.
Seperti yang kita tahu, setiap resipi yang diketengahkan oleh Khairul Aming nyata mendapat sambutan dan membuatkan ramai pengikutnya ingin turut mencuba resipi tersebut malah kebanyakkan mereka memberikan komen yang sangat positif.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Khairul Aming menjadi bualan ramai ketika berkongsi sebuah video masakan nasi lemak di akaun media sosial miliknya.
Difahamkan, ramai netizen mempertikaikan penggunaan daun limau purut yang diletakkan di dalam nasi tersebut kerana kebiasaannya hanya daun pandan sahaja digunakan.
Bukan itu sahaja, netizen mendakwa cara Khairul Aming berkongsi resepi sambal nasi lemak adalah ‘malas’.
Belajar jelah dari ibu sendiri, bukannya ‘berkiblatkan’ Khairul Aming
Menerusi ruangan komen,dia turut memberi pendapat dengan menyifatkan resipi kali ini tidak sesuai dan sebaiknya ikut sahaja resipi ibunda.
Trick marketing?
Menurutnya, itu adalah salah satu cara marketing dimana khairul aming ingin menjual periuk tersebut dan sengaja melakukan sesuatu yang lain daripada lain supaya ramai melihat bahkan akhirnya tertarik dengan produk yang dijual.
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen juga akui masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk memasak dan tidak perlu ‘bitter’ dengan masakan orang lain. Jika tidak mahu, gunakan sahaja cara sendiri.
Komen warga maya:
Video yang tular: