Apabila sebut sahaja tentang hospital, pelbagai pengalaman dan cerita yang kita dengar. Ada yang sedih, ada yang seram dan ada juga yang lucu! Memang bermacam ragam betul.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang berkongsi satu situasi di dalam wad di sebuah hospital mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, wanita ini menjaga anaknya di wad tersebut namun terdengar satu bunyi sehinggakan tidak dapat tidur.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @Afifah.ml, kedengaran pesakit di sebelahnya berdengkur dengan sangat kuat menyebabkan wanita ini terpaksa berjaga pada waktu malam kerana tidak boleh tidur.
“Ini kalau hari hari macam ni letih la nokk. Entahlah dengar jelah sendiri sampai habis.” Ujarnya di ruangan kapsyen.
Wanita ini juga sudah memaklumkan kepada misi yang bertugas untuk tukar bilik namun kesemua bilik yang ada telah pun penuh.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bagaimana pun tampil mempertahankan individu tersebut dengan memaklumkan dengkuran bukanlah satu perkara yang boleh dikawal.
“Saya salah seorang yang diuji tidur berdengkur.. kadang kami segan nak lelapkan mata kerana dengkuran.. kami tidak diminta untuk berdengkur sewaktu tidur,”- Netizen
Pun begitu, Ada juga netizen yang memahami situasi pengguna TikTok tersebut yang memerlukan rehat setelah penat menjaga anak yang tidak sihat.
Antara komen warga maya:
“hurm dia pun tak minta tidur bunyi sampai macam tu sekali”
“ni la yang buat saya rasa lebih sakit bila masuk hospital.. tak cukup tidur dan rehat”
“kalau macam nih baik duduk rumah, makin tak boleh nak rehat”
“benda ni pernah jadi kat saya.. bukan dengkur tapi dia vc dengan family dia dengan volume paling tinggi.. siap cakap ‘makk simpan kan aku durian d24′”
Video yang tular di laman TikTok: