Connect with us

Semasa

“Letih nak trace semua..” Positif Covid-19, Individu Keluar Setiap Hari 15 Hari Berturut-turut

Apabila diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai yang mengambil dilihat mengambil kesempatan apabila kerajaan memberikan sedikit kelonggaran.

Ramai yang berkunjung ke pusat membeli belah tanpa mematuhi peraturan seperti mengamalkan penjarakkan sosial yang sepatutnya.

Sakan berjalan tiba-tiba disahkan positif

Jika anda disahkan positif, dan sebelum itu anda telah keluar untuk berjalan-jalan. Pastinya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memeriksa tempat yang pernah anda kunjungi dalam masa terdekat.

Seperti seorang individu di Setia Alam yang disahkan telah disahkan positif Covid-19 baru-baru ni.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna mendedahkan tentang sejarah perjalanan salah seorang pesakit yang baru disahkan positif.

Berapa banyak tempat pesakit ini telah pergi

Menurut pengguna Twitter tersebut, maklumat yang diperolehi daripada Whatsapp group kawasan kejiranan.

Pengguna Twitter berkenaan berkongsi sebagai contoh perangai sesetengah rakyat Malaysia yang tidak ambil berat tentang pandemik Covid-19 sekarang.

“Hari ni viral satu kes positif Covid dekat Setia Alam. Aku dapat info melalui group whatsapp kawasan kejiranan aku”.

Kunjungi pelbagai tempat setiap hari 

“Aku share ni bukan sebab dia positif, tapi korang tengok, betapa banyak nya tempat dia pergi, dalam musim PKPB. Jadi, kau rasa korang ni bertanggungjawab ke tak”.

Selain itu, individu terbabit telah disahkan positif pada 31 Mei lepas dan sebelum itu dia keluar mengunjungi pelbagai tempat setiap hari dari 16 hingga 30 Mei.

Pergi shopping raya dan pusat membeli belah

Menerusi senarai tempat yang diberi, kelihatan dia ada pergi shopping raya, pergi menziarahi semasa hari Raya dan ada juga pergi jalan-jalan di pusat membeli belah.


 

Setia City Mall dan Jakel Shah Alam

Antara tempat yang disenaraikan oleh pesakit ini adalah Setia City Mall, pasar raya, Jakel, butik baju, beraya di rumah ibu dan turut menziarah ke rumah pakciknya.

Diharap orang ramai sedar akan bahaya pandemik Covid-19 ini. Jika wabak ini tersebar luas, kesannya amat besar kepada semua.

Semoga orang ramai mematuh peraturan yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.