Salah satu bandar yang paling menarik untuk dilawati di dunia, Melbourne! Ia mempunyai pesona tertentu yang pasti membuatkan anda ingin kembali ke sini lagi.
Dari lorong-lorongnya yang menakjubkan, pasar-pasar vintaj, budaya yang meriah dan tidak dilupakan banyak makanan halal, Melbourne adalah sebuah bandar ‘hipster’. Jadi tidak hairanlah Melbourne digelar sebagai salah satu bandar paling padat di dunia!
Jika anda bercadang untuk melancong ke Melbourne dan tidak tahu ke mana hendak di tuju, entri ini paling sesuai untuk anda. Jom lihat tempat menarik dan apa yang anda boleh buat di Melbourne.
1. Tram.
Mulakan pengembaraan anda di Melbourne dengan menaiki ikon City Circle Tram (laluan nombor 35) di sekitar bandar! Paling best, tram ni percuma di dalam kawasan bandar.
Tram ini tiba di perhentian khas yang ditandakan pada setiap 12 minit dan beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari kerja dan hingga 9 malam pada hujung minggu. Brosur dan peta maklumat bandar boleh didapati di setiap Tram Bandar Raya.
Kedai Makan Halal Terdekat – CBD Kebabs
Turun di Flinders Street / Spencer Street dan luangkan masa anda 2 minit berjalan kaki ke CBD Kebabs untuk salah satu makanan ringan Halal terbaik di Melbourne!
Alamat: 2/546 Flinders St, Melbourne VIC 3000, Australia
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Ahad, 11am – 2am, Jumaat – Sabtu, 11am – 5am.
Harga Makanan: $10 hingga $20.
2. Queen Victoria Market
Dikenali sebagai ‘Queen Vic’ atau ‘Vic Market’, melancong ke Melbourne tak lengkap tanpa melawat pasar terbuka ini yang penuh dengan semua yang anda mahukan. Dari buah-buahan bermusim yang segar sehingga pakaian buatan tempatan dan gerai kraf.
Semasa musim panas, Victoria Market ini dibuka pada malam Rabu untuk pasar malam manakala dari awal bulan Jun hingga akhir Ogos pula ada pasar malam Rabu versi musim sejuk.
Kedai Makan Halal Terdekat – PappaRich
Kalau anda rasa rindu dengan makanan halal Malaysia seperti nasi lemak, satay dan roti canai dan segelas teh tarik, datang terus ke PappaRich, yang terletak di QV Square, 15 minit berjalan kaki dari Victoria Market.
Alamat: QV Building, Level 2, Shop 11, 11 Little Lonsdale Street, Melbourne VIC 3000
Waktu Operasi: 10:30am – 11pm (Sunday to Thursday), 10:30am – 12:30am (Friday and Saturday)
3. Eureka Sky Deck 88
Eureka Skydeck 88 adalah platform tontonan awam tertinggi di Menara Eureka. Anda boleh melihat keseluruhan bandar Melbourne dengan pandangan 360 darjah!
Jika anda seorang yang sukakan sesuatu yang mencabar, Eureka Skydeck 88 juga mempunyai “The Terrace” – kawasan luar kecil di mana anda boleh merasakan angin kencang dengan pemandangan Port Phillip Bay, dan “The Edge” – sebuah kiub kaca yang tergantung di atas bucu menara 300 meter dari tanah!
Kedai Makan Halal Terdekat – Nelayan
Restoran ini menyajikan hidangan tradisional Indonesia halal seperti rendang daging lembu dan bakso. Jika anda sedang mencari makanan yang murah dan enak, Nelayan adalah untuk anda!
Alamat: 265 Swanston Street, CBD, Melbourne, VIC.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 11am – 9pm.
4. ‘Laman Seni’ Melbourne
Bandar Melourne juga mempunyai laman seni sendiri yang amat cantik dan kreatif. Untuk melihat beberapa lokasi seni jalanan yang terbaik di bandar, pergi ke kawasan berikut:
- Hosier and Rutledge Lane, opposite Federation Square
- Caledonian Lane, off Little Bourke Street
- Union Lane, off Bourke Street Mall
- Rear of 280 Queen Street in Finlay Avenue
- 21 Degraves Street
- Corner Flinders Lane and Cocker Alley
- 122 Palmerston Street, Carlton
- Centre Place, between Collins Street and Flinders Lane
Kedai Makan Halal Terdekat – Blok M Express
Jika anda sedang mencari spot cantik untuk seni jalanan di Little Bourke Street, anda boleh berhenti untuk makan di Blok M Express yang menyediakan masakan halal Indonesia.
Alamat: 80 Little Bourke St, Melbourne VIC 3000, Australia
Waktu Operasi: Isnin – Rabu, 11am to 9pm, Khamis – Ahad, 11am to 10pm
5. Camberwell Market
Jika trip anda pada hari Ahad, pergilah ke Pasar Camberwell, salah satu ‘pasar karat’ yang paling popular di Australia! Sama ada anda suka pakaian vintaj, barang-barang antik, buku terpakai, atau anda hanya nak window shopping.
Kedai Makan Halal Terdekat – Nando’s
Apabila anda sudah habis berjalan-jalan dan membel-belah, anda boleh ke Nando’s untuk ayam peri-peri yang menjadi ‘signature dish’ mereka.
Alamat: Rear of 636 Burke Road, 3124 Melbourne
Waktu Operasi: 11am – 10pm setiap hari.
Jom tengok hotel-hotel di sekitar Melbourne.
Booking.com
Kredit: HHWT