Connect with us

Muzik

[VIDEO] “Mana pergi suara demi rakyat?” Lirik Lagu Baru Bunkface Akhir Zaman Kena Dengan Situasi Semasa?

Selepas sekian lama tidak mengeluarkan lagu baru, kumpulan Bunkface yang pernah menjadi fenomena satu masa dahulu telah tampil dengan karya terbaru semalam. Lagu yang sudah boleh didengar di saluran YouTube kumpulan tersebut nyata berbeza dan cukup berani apabila mengetengahkan isu semasa yang sering menjadi bualan masyarakat ketika ini. Bertajuk ‘Akhir Zaman’, lirik lagu tersebut seakan […]

Kumpulan Bunkface yang pernah menjadi fenomena satu masa dahulu kini telah tampil dengan karya terbaru menerusi lagu terbaru mereka, Akhir Zaman.

Lagu Akhir Zaman ini sudah dimuat naik di Youtube dan sehingga artikel ini ditulis, ia telah menerima lebih 90,000 views.

Dengan tajuk Akhir Zaman, lirik lagu terbaru Bunkface ini dilihat ditujukan khas dengan situasi semasa.

 

View this post on Instagram

 

https://youtu.be/hFMvDf5miSE #akhirzaman #bunkface

A post shared by Shamsul Annuar (@sambunkface) on

Di antara yang menjadi tumpuan di dalam lirik mereka adalah tentang politik negara dan juga golongan LG8TQ ataupun golongan songsang.

Di dalam perkongsian di Instagram kumpulan 3 orang anak muda yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Youk, mereka telah memuat naik IG story dengan menyatakan akan ada kejutan dalam lagu yang dikeluarkan.

 

View this post on Instagram

 

Mana orang Penang?? Jumpa malam ni di Padang kota Lama! #bunkface

A post shared by Shamsul Annuar (@sambunkface) on

Rata-rata netizen memberikan komen positif terhadap lagu ini yang dianggap memberikan mesej secara terus kepada semua pendengar.

Lirik Lagu Akhir Zaman

Hey Ho Ayuh!

Engkau agamamu, Aku agamaku,

Semua haram mahu jadi halal,

Engkau agamamu, Aku agamaku,

Demi masa sila guna akal

Jawab di sini lepas,

Jawab di sana belum tentu lepas,

Dulu hebat kini dah berkarat,

Semua bangsat sudah pun mendarat,

Mana pergi, mana pergi, mana pergi suara demi rakyat,

Mana pergi,

Engkau agamamu, Aku agamaku,

Korupsi kita perlu kasi hapus,

Engkau agamamu, Aku agamaku,

LG8T, boleh pergi mampos

Jawab di sini lepas,

Jawab di sana belum tentu lepas,

Dulu hebat kini dah berkarat,

Semua bangsat sudah pun mendarat

Mana pergi, mana pergi, mana pergi suara demi rakyat,

Dulu hebat kini dah berkarat

Semua bangsat sudah pun mendarat

Mana pergi, mana pergi, mana pergi semua duit rakyat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.