Siapa yang pernah menonton drama ‘Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin’ ini pasti mengenali watak antagonis ‘Suraya’ yang dibawakan oleh pelakon Apreena Manrose atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena binti Wan Syahman ini.
Sejak tahun 2013 lagi, dia sudah mula menceburi bidang lakonan dan mungkin ada yang tidak mengetahui pelakon ini juga merupakan anak kepada Iwan Raja Dangdut Malaysia malah adik beradiknya Oktovia Manrose dan Ramada Manrose turut bergiat aktif dalam bidang yang sama.
Terbaharu, pelakon ini telah memuat naik satu perkongsian dimana telah menghadiri satu majlis ilmu dengan penampilan berpurdah ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran video di laman Instagram ini, memaparkan dirinya ketika berada di sebuah majlis ilmu yang turut disertai kalangan wanita yang kebanyakkan daripada mereka memakai jubah serba hitam dan berniqab.
Pun begitu, Apreena juga sempat meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menghadiri acara tersebut.
“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah..”
“Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, pelakon ini mengatakan dia sangat terharu dengan maklum balas positif yang diberikan serta turut gembira terhadap sokongan yang diberikan oleh netizen malah meminta doa orang ramai agar sentiasa istiqamah untuk menutup aurat.
“BismillahiMasyaAllah… terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya. Allahuakhbar. mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. insyaAllah..” katanya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersyukur dan berbangga dengan perubahan pelakon Apreena Manrose ini malah mereka juga memuji penampilanya yang sememangnya ‘sejuk mata memandang’.
Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar dia sentiasa istiqomah dalam menitup aurat dengan lebih sempurna.
Antara komen warganet:
“Alhamdullilah..moga terus istiqomah..suka tengok apreena dan octovia cantik betul tutup aurat..”
“MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah Allahuakabr..”
“MasyaAllah cantiknya ciptaan dan aturan Allah..”
“MasyaAllah..manis apreena begini..”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: