Beberapa hari ini, kontroversi yang membabitkan Caprice dan Ustaz Ebit Lew kecoh di media sosial sejak kebelakangan ini berkenaan misi bantuan di Gaza.
Difahamkan, Caprice telah mendedahkan beberapa perkara berkenaan ustaz Ebit Lew.semasa IG live baru-baru ini.
Menerusi laporan Kosmo, perkara tersebut buatkan PA kepada Ebit Lew tidak ‘senang duduk’ dan tampil perjelaskan perkara sebenar.
Video luahan rasa Ustaz Ebit Lew
Menerusi akaun Instagram @jentikhati, terdapat satu video lama yang dimuatnaik semula berkenaan luahan rasa pendakwah bebas itu.
Ustaz Ebit Lew yang turut menyaksikan dirinya mengalirkan air masa ketika membuat luahan berkenaan.
Saya susah nak benci orang
Dalam video itu, ustaz Ebit Lew mengatakan yang dia susah untuk mengata sesiapa dan susah untuk bergaduh dengan sesiapa sekalipun
“Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang.”
Itu antara luahan rasa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang turut menyaksikan dirinya mengalirkan air mata dalam video berkenaan.
Saya susah nak mengata siapa-siapa
Menurut Ebit atau nama lengkapnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew dalam video berkenaan, dia tidak suka untuk bergaduh dengan sesiapa sekalipun.
“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa.”
Orang cakap bukan-bukan terhadap saya, saya jadi sedih
“Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya.”
“Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih,” ujarnya.
Ustaz Ebit yang dianugerahkan Duta Muhibbah oleh kerajaan Palestin baru-baru memaklumlan lagi, kalau ada yang menghantar mesej bukan-bukan, dia tidak akan membalasnya.
Saya tak balas orang mesej saya bukan-bukan
“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.”
“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas.”
Kalau libatkan orang itu yang saya jadi sedih
“Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” luahnya dalam video berkenaan.
Pada pengakhiran video tersebut, Ebit mendoakan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran penuh kasih sayang.
Walau kita bawa kasih sayang, akan ada yang benci
“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.”
“Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu.”
“Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih dengan apa yang berlaku antara pendakwah bebas itu dengan selebriti berkenaan.
BACA: “Cap..cap.. Hancur future sebab kebodohan kau..” – Nabila Huda
Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan pendedahan aktivis kemanusiaan, Caprice yang mendakwa Ebit dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu.
Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.
“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.
“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulisnya dalam sekurang-kurangnya 13 muat naik di Instagram Stories.
Tangkap layar beberapa tulisan Caprice ‘menegur’ tingkah laku Ebit melalui Instagram Stories miliknya.
Menurutnya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.
Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong pendakwah yang disegani ramai itu.