Pereka grafik, Fahmi Reza telah menimbulkan kemarahan orang awam apabila dia bertindak berkongsi satu lukisan mirip Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam mangkuk tandas.
Lukisan karikatur wajah mirip Ketua Pengarah Kesihatan itu berada di dalam mangkuk tandas dengan kapsyen ‘please use the toilet’ telah mengundang rasa kurang senang warga maya.
Tak hormat frontliners
Menerusi media sosial, orang ramai beranggapan tindakan tersebut adalah sangat biadap serta tidak menghormati petugas barisan hadapan yang sedang berjuang melawan Covid-19 termasuk Dr Noor Hisham.
Difahamkan, karikatur itu adalah diinspirasi daripada balasan Dr Noor Hisham di laman Twitter berikutan pertanyaan seorang individu mengenai segelintir ahli politik yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Individu tersebut kemudian mengingatkan kepada peribahasa ‘kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’ sebelum dibalas Dr Noor Hisham ‘please use the toilet’.
Please use the toilet
Justeru, lelaki berusia 43 tahun itu dihentam teruk dimana rata-rata netizen menyifatkan karikatur yang dihasilkan adalah tidak menghargai jasa dan pengorbanan figura hebat di negara ini.
DG Hisham bukan menteri
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di laman Facebook Nil, peringatan diberikan kepada semua untuk membezakan frontliners dan ahli politik.
1) DG Hisham bukan menteri. Troll DG Hisham, sama macam troll frontliners lain. Saithan yang troll ni. Saithon bethol.
2) DG Hisham seorang penjawat awam. Dia Ketua Pengarah Kesihatan. Ketua Pengarah. Dia tak masuk dalam parlimen. Tak melobi masa pilihan raya. Tak ada pegang mana2 dun. Cukup masa bersara, dia bersara. Menteri BUKAN colleagues dia, tapi bos. Bos dia.
3) Dari awal covid sampailah dia kena kuarantin, dia masih bekerja non-stop. Kena kuarantin pun masih setia bagi press conference.
Perlu diingat dia bukan handle covid sahaja. Semua bahagian kementerian kesihatan ni, dari hospital, klinik, farmasi, inspektorat – dia handle.
4) Dengan kepakaran dan kehandalan dia, boleh sangat dia ke swasta. Jadi pakar sana. Gaji lagi masyuk. Cukup bulan pergi melancong bawa anak bini.
But did he do that? No. He choose to be a government SERVANT. Berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat.
Give the man some breather will you.