Tiada apa yang lebih menggembirakan hati pasangan suami isteri selain dikurniakan cahaya mata. Malah, kehadiran anak itu, sering dianggap pelengkap kebahagiaan dalam rumah tangga.
Tidak cukup dengan itu, pasti pasangan yang akan bergelar ibu dan bapa ini sudah sibuk melengkapkan barang keperluan bayi sebelum kelahiran.
Kebiasaannya, wanita yang hamil akan mudah perasaan dirinya berbadan dua dari segi fizikalnya yang berubah, berlakunya mual-mual, selera makan yang berbeza ataupun dari segi jadual kedatangan haid.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah kali in dimana kelibat janin dalam perut seorang wanita sarat hamil 7 bulan tidak kelihatan mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah perkongsian yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bagusdonny, perawat ini pernah didatangi seorang wanita hamil untuk membuat imbasan janinnya.
Namun wanita ini berasa pelik kerana kelibat bayi langsung tidak terlihat ketika USG Scan dijalankan kerana sebelum ini berlaku pergerakkan dalam kandungannya.
Apa yang lebih sebak, dia sudah melakukan persiapan buat bayinya yang akan lahir ke dunia.
Siapa sangka, rupa-rupanya si ibu mengalami komplikasi kehamilan palsu atau dalam istilah perubatannya disebut sebagai Pseudocyesis.
Antara pendorong masalah ini berlaku adalah trauma keguguran sebanyak berkali-kali dan rasa ingin hamil yang keterlaluan.
Difahamkan, otak akan merembeskan sejenis kelenjar sekali gus membuatkan sistem badan seseorang wanita merasai gejala kehamilan.
Apa yang lebih teruk adalah, ianya boleh sampai ke tahap mampu menghasilkan susu badan.
Memetik laporan alodoktor, penghidap kehamilan palsu perlu mendapatkan rawatan berbentuk kaunseling bersama pakar psikologi boleh dijadualkan agar golongan ini tidak terus mengalami depresi teruk akibat mahu mengandung.
Bukan itu sahaja, para wanita juga perlu lebih ‘alert’ dengan kesihatan mental dan fizikal serta harus berwaspada dengan gejala seperti nafsu makan meningkat, pertambahan berat badan, kekejangan kaki serta rasa perit di bahagian pinggang.
Berikut merupakan video yang tular:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.9M tontonan, 127.0K tanda suka, 3336 komen dan 505 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak mendengar perkongsian perawat tersebut tentang ‘pejuang garis dua’.
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang terdiri daripada kalangan netizen mengakui pernah berdepan dengan situasi yang sama kerana betul-betul mahukan seorang zuriat penghuni rahim.
Berikut merupakan komen warga maya: