Solat 5 waktu merupakan tiang agama bahkan kewajipan bagi setiap umat islam yang telahpun mencapai akil baligh.
Jadi tidak hairanlah jika praktikal solat merupakan silibus yang penting untuk pelajar muslim ketika di bangku sekolah kerana ianya akan memperbaiki lagi tertib dan memantapkan bacaan ketika solat.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan gelagat lucu seorang murid yang sedang melakukan praktikal solat di sebuah surau mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amrllmn5, pelajar tersebut kelihatan menjadi imam kepada pelajar lain yang merupakan jemaah.
Namun, ketika sedang solat, pelajar tersebut dilihat sempat menoleh ke arah cikgunya dan bertanya berkenaan bilangan rakaat kerana terlupa dia sedang berada di rakaat ke berapa.
“Baru nak acah rakam budak2 solat.. tiba-tiba.. imam lupa rakaat.. btw ni praktikal solat ye..” ujar perakam yang dipercayai guru subjek tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui terimbau kembali kenangan semasa di bangku sekolah yang mana perlu melakukan praktikal solat.
“Sempat lagi dia pergi bertanya” – Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan pastu makmum dibelakangnya hairan mengapa imam sujud terlalu lama. Rupa-rupanya terlupa bilangan rakaat.
Antara komen warga maya:
“Pernah zaman sekolah dulu solat zohor, imam lupa rakaat lajak buat 5 rakaat solat zohor”
“Sujud lama bukan nye apa… tengah nak ingat berapa rakaat dah tadi”
“Makmum be like: lamanya imam sujud ni”
“Rindu time sekolah dulu.. rindu serindu rindu nya..”
“Cikgu bocor rahsia tak.. habis la kalau yang lain tau mau kena gelak”
“Mesti puas dia fikir.. rezeki kau dik ada talian hayat..”
Video yang tular di laman TikTok:
Selamba kau je ek dik minta tolong cikgu macam tu, tak apa lah.. nama pun proses pembelajaran kan hehehe