Connect with us

Viral

“Maafkan mummy lalai..” Anak Tertelan Syiling 10sen & Sangkut Dalam Badan, Ibu Luah Rasa Kesal

Sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti faham situasi di mana ibu bapa mahupun penjaga harus mengambil langkah lebih berhati-hati ketika menjaga anak kecil.

Kemalangan yang berlaku di kalangan anak-anak kecil sering terpampang di muka akhbar mahupun sosial media dan kebanyakannya hal ini berlaku di rumah. Oleh itu, ibu bapa mestilah peka dan pantau setiap pergerakan anak-anak supaya tiada kemalangan yang akan berlaku.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri panik apabila tiba-tiba anak perempuan mereka tertelan duit syiling 10sen!

Keadaan menjadi lebih teruk apabila duit syiling tersebut masih tersangkut di dalam badan budak perempuan yang berumur dua tahun itu selepas tiga hari insiden itu berlaku.

Ujar Munira Alia Nasir, 28, ibu kepada budak perempuan itu, insiden itu berlaku apabila anaknya sedang leka memegang duit syiling itu sambil baring sebelum ianya jatuh ke dalam mulut anaknya, Firraa Delisha Mohd Firdaus.

“Kejadian berlaku dalam pukul 10 malam pada 15 November, masa tu daddy dia masuk bilik tapi tak sampai 10 minit dia bawa keluar Firraa dalam keadaan tak bermaya.”

“Muka Firraa pucat lepas tu dia lemah, jadi saya cepat-cepat bangun tonggengkan dia, pegang kaki dia kepala ke bawah, saya kocak-kocak dia panggil nama dia.”

“Alhamdullilah Allah masih panjangkan umur dia, dia muntah tapi duit tu tak keluar,” jelasnya.

Lebih mesra disapa Ira, menetap di Setapak berdekatan ibu negara, suaminya Mohd Firdaus, 30 cuba untuk mengeluarkan duit syiling tersebut namun usahanya hanya sia-sia.

Jelasnya lagi, ujian X-ray menunjukkan duit syiling tersebut telah sampai ke usus Firraa.

“Daddy dia cuba nak tarik tapi duit tu dah masuk dalam.”

“Lepas dia muntah tu nampak dia okay, dia minta air. Kami bawa juga ke Hospital Kuala Lumpur tapi ramai orang, jadi nurse cakap lama kena tunggu dalam lima jam, jadi kami terus cari klinik 24 jam, tapi tak boleh X-ray malam-malam, jadi keesokkannya baru X-ray di hospital swasta.”

“Duit tu memang ada tapi dah masuk usus, Jumaat ni akan X-ray lagi sekali harap-harap keluar la syiling tu sebelum Jumaat ini,” ujarnya lagi.

Tambah Ira, jika duit syiling itu masih tidak dapat dikeluarkan, anaknya terpaksa dibawa rujuk ke hospital untuk menjalani pembedahan.

“Doktor minta kami pantau najis dia insyaAllah akan keluar tapi kalau tak keluar juga Jumaat ni dia akan di refer ke hospital untuk bedah.”

“Setakat hari ini (18 November) masih belum keluar lagi, seharian kami tunggu dia buang air.”

“Doktor tak ada bagi bat apa-apa cuma kami bagi dia makan betik dan makan macam biasa seperti yang disarankan doktor,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Bersyukur anaknya masih dipanjangkan umur, Ira berharap agar ibu bapa diluar sana boleh mengambil pengajaran daripada pengalaman ngeri yang menimpa mereka sekeluarga.

“Ni kali pertama benda ni jadi memang malam tu kami menangis juga la.”

“Pada 13 November tu birthday dia, kejadian berlaku dua hari kemudian, jadi dia yang bagi surprise dekat mummy daddy dia.”

“Semoga dijadikan pengajaran but semua ibu bapa, doakan anak saya semoga syiling tu keluar dalam masa dua tiga hari ni,” pesannya yang juga seorang peniaga atas talian.

Video tular di laman Tiktok:

@rarapida_firraa Maafkan mumydady lalai perhatikan awk,semoga djdkan pngjaran buat semua ibubapa,doakan buat anak sy semoga syiling tu kluar dlm masa 2,3hr ni 🥺#fyp ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Firraa dikatakan kembali aktif seperti kanak-kanak biasa namun sedikit ngeri dengan duit syiling.

“Kami cuba hulur syiling pada dia tapi dia cepat-cepat jawab tak nak lepas tu pusing kepala, fobia mungkin,” tambahnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Munira Alia (@munira_alia93)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.