Connect with us

Viral

“Maafkan saya” Dedah Proses IVF Belum Berjaya, Luahan Anne Untuk Achey Buat Ramai Sebak

Menjadi seorang pejuang garis dua bukanlah satu perkara yang mudah bahkan ada juga mengambil masa yang lama untuk dikurniakan rezeki zuriat setelah berumah tangga.
Iospital phone repair gombak
Siapa tidak kenal dengan pasangan Achey Bocey dan isterinya Anne atau nama sebenar Nor Hasanah Yahaya ni bukan? Gelagat mereka sering kali membuatkan ramai terhibur.

Pun begitu, baru-baru ini Achey sempat memuat naik satu perkongsian berkenaan keputusan rawatan proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) yang dijalankan oleh isterinya telah menyentuh hati ramai pihak termasuklah rakan artis.

Menerusi video berkenaan, mereka berdua gagal menahan sebak setelah mengetahui rawatan tersebut masih belum berjaya.


Anne juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus mendoakannya untuk menimang cahaya mata sendiri.

“Terima kasih by, selama ni menjadi tulang belakang saya.. banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak.. bahagikan masa awak, kerja dan kami terima kasih banyak2.. Jaga saya time sakit… Saya hargai sangat2..”

“Maaf kan saya belum ada rezeki utk saya bagi awak zuriat….InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya…saya sayang awak,” tulisnya sebak.

Lebih membuatkan ramai sebak apabila anaknya Tiara Zinnirah turut menangis melihat ibunya dalam keadaan sedih seolah faham apa yang ditanggung oleh ibu dan ayahnya.

Anne juga meminta Tiara untuk bersabar kerana dia belum mampu untuk memberikan ‘kawan’ kepada anaknya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat situasi tersebut sekaligus mendoakan agar satu hari nanti dikurniakan cahaya mata sendiri.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar Achey dan Anne tidak berputus asa dan terus kuat berjuang.

Antara komen warga maya:

“Insyaallah ada rezeki lain yang Allah sembunyikan..”

“Perancangan Allah itu sangat indah.. Insyaallah satu hari nanti terjawab segala doa2”


“Pasangan hebat.. bersangka baik selalu dengan Allah.. jangan putus asa..”

“Moga yang baik2 saja.. insyaallah  Allah akan hadirkan manisnya..”

“Banyakkan bersabar, setiap ujian walaupun perit adalah anugerah Allah SWT bagi hambanya yang kuat”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

Continue Reading
Advertisement