Connect with us

Viral

“Macam anjing” Dihina Dalam Bahasa Mandarin Kerana Beranak Ramai, Sekali Anak Tegur Balik Buat 2 Individu Ini Terkedu

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad.
Iospital phone repair gombak
Sebagai rakyat Malaysia, kehidupan yang harmoni boleh dikecapi dengan perpaduan yang kuat di antara pelbagai kaum yang ada di sini.

Namun begitu, perbezaan bahasa yang dituturkan seharian kadang kala disalah gunakan oleh segelintir individu.

Seperti kisah yng tular baru-baru ini dimana eorang rakyat Malaysia berkongsi kisah mereka bagaimana mereka menaiki lif bersama anak-anak dan kemudiannya diherdik oleh 2 orang di dalam bahasa Mandarin mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, 2 orang individu itu mengejek saiz keluarga mereka dan yang lebih biadab, mereka menyamakan keluarga itu dengan anjing kerana bilangan anaknya.

Pun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila salah seorang anak nya memahami bahasa Mandarin dan mengherdik mereka kembali.

“We are not dogs, we are human like you” ujar anak tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang menyalahgunakan bahasa yang mereka gunakan untuk menghina dan menjatuhkan orang lain sekaligus kagum dengan sikap adik tersebut yang terus menegur sikap mereka.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut berkongsi pengalaman mereka melihat sesetengah individu yang menyalahgunakan bahasa yang mereka miliki kerana menganggap orang lain tidak faham apa yang diperkatan.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement