“Macam main bola tapi bola takde,” Sepahtu Reunion Live 2020 Bersiaran Tanpa Penonton, Jep Kongsi Reaksi
Berkuat kuasa pada 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober, negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diarahkan menjalani PKPB iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Pelbagai aktiviti tidak dibenarkan selama tempoh berkenaan namun sektor ekonomi masih dibenarkan berjalan seperti biasa.
Menerusi laman Instagram, pelawak kegemaran ramai Jep Sepahtu meluahkan rasa gundahnya apabila terpaksa melakonkan sketsa Sepahtu Reunion Live 2020 tanpa kehadiran penonton.
“Kami di rumah sentiasa menanti,” sokong seorang wargamaya.
“Takpe bang, takde penonton pun abang memang kelakar,” tulis seorang wargamaya.
“Bagitau la produksi untuk shoot Sepahtu Reunion kat negeri yang kurang kes Covid contoh macam Pahang, sambutan mesti menggalakkan,” cadang seorang wargamaya lagi.
Difahamkan, Sepahtu Reunion Live 2020 akan bersiaran pada setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Warna (107).