Connect with us

Viral

“Macam mana aku nak iron ni Mashallah” Lelaki ‘Petak’ Dapat Iron Board Kecil Dalam Bilik Hotel

Bila menginap di hotel, apa yang diharapkan oleh orang ramai mestilah kemudahan yang disediakan seperti seterika, hair dryer dan lain-lain.

Iospital phone repair gombak

Adanya alat-alat ni, tak perlulah kita angkut semua benda dari rumah kan? Beg pun ringan. Nak bawa naik ke hotel pun senang. Malangnya, tak semua yang diharapkan akan berlaku.

Sama seperti yang terjadi kepada lelaki bernama @fathroselan ini apabila iron board yang ada dalam bilik hotelnya sungguh kecil menyebabkan dia hairan bagaimana ingin menggunakannya nanti.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, lelaki ini baru saja sampai di dalam bilik hotel. Sebaik sahaja dia ke arah meja dan melihat saiz iron board yang kecil itu, dia turut terkedu.

Dia juga sempat tertawa kecil sambil mengucapkan kalimah “Mashallah” setelah melihat rupa iron board yang disediakan oleh pihak hotel kepada tetamu yang menginap di situ.

Sehingga kini, video celoteh berdurasi 15 saat yang dimuat naik @fathroselan berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 119.6 ribu serta mendapat 6421 tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur dan berdekah melihat iron board yang diterimanya di dalam bilik hotel berkenaan. Malah mereka sempat berseloroh sehingga ada yang berkata iron board berkenaan sebenarnya khas untuk kucing.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“iron board Tu utk kucing pakai…bukan manusia😂”

“Kalau ant man yg stay sana dia pakai disc besarkan benda tu”


“tu katil mayat kucing”

“kena mintak Doraemon besar kan iron board tu”

Video yang tular di laman TikTok

@fathroselan♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@fathroselan Replying to @numai_96 ♬ [Animals and dishes] Cute BGM – Sound Owl

Continue Reading
Advertisement