Beberapa hari lepas kecoh dengan sebuah video yang memaparkan pelanggan sebuah hotel terkemuka terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dibenarkan untuk check in.
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat betapa padatnya dan sesaknya lobby hotel berkenaan. Bukan itu sahaja, kedengaran bunyi suara tangisan kanak-kanak dek kerana terlalu lama menunggu.
Video itu mendapat pelbagai reaksi dan pandangan daripada warga netizen serta pelanggan oleh kerana tidak berpuas hati dengan servis yang diberi oleh hotel berkenaan.
Tampil mendedahkan sikap sebenar pelanggan
Terbaru, seorang wanita yang dipercayai pekerja di sebuah hotel mendedahkan sikap segelintir pelanggan hotel membuka mata para netizen.
Melalui video itu, dia berkongsikan sikap pelanggan yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan barangan hotel dan turut meninggalkan bilik tersebut dalam keadaan yang sangat bersepah.
Secara tidak langsung, sudah para ‘housekeeping’ akan mengambil masa yang lama untuk mengemas bilik tersebut agar dapat memberikan servis yang terbaik untuk peanggan yang seterusnya.
“Bila lambat check in hotel meroyan, viral. Nak bilik siap sanitize 10 kali sehari. Kalau boleh besar kuman pun tak ada takut konon. Tapi bila check out tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke?”
Guna hati perut sikitlah!
“Tak salah pun kalau mudahkan tugas housekeeping. Hidup ini perlu toleransi. Jangan guna alasan korang dah bayar. Guna hati perut sikitlah. Sebab spesis macam ini la yang melambatkan kerja housekeeping.”
“Belum lagi yang terhegeh-hegeh nak check out. Yang nak check in pun tak sabar-sabar pukul 12 dah terpacak depan hotel . Macam mana nak check in awal kalau semua perangai macam ini?”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 83.6K tontonan, 3501 tanda suka, 1207 komen dan 655 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau diruangan komen rata-rata netizen kecam sikap pengotor sesetengah pelanggan hotel. Dalam masa yang sama ada juga netizen yang berkerja sebagai housekeeping hotel meluahkan tentang perkara yang sama di ruangan komen.
Tak ada salahnya jika kita memudahkan urusan orang lain, kelak urusan kita juga akan dipermudahkan. Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata semua pihak agar lebih ‘common sense’ apabila check in hotel.