Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa lebuh raya yang dilengkapi dengan lorong motorsikal seperti Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Lebuhraya Koridor Guthrie dan beberapa laluan utama di Putrajaya.
Dengan adanya laluan motorsikal, ia akan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang lebih teruk seperti kemalangan yang melibatkan motor dengan lori, kereta ataupun treler.
Bagaimana pun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kenderaan memasuki jalan motosikal mencuri perhatian ramai.
Memerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @adammoon_, dapat kita lihat Kenderaan jenis Honda selamba memandu dan masuk ke laluan motorsikal sambil dirakam seorang rider.
Abang grab tersebut juga kelihatan sangat hairan bagaimana ia boleh masuk ke dalam laluan motorsikal dan buntu bagaimana kereta tersebut hendak keluar daripada situ.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dan beranggapan mungkin pemandu menggunakan applikasi Waze dan terlupa untuk menukar mode ‘motorsikal’ kepada ‘kereta’.
“Biasa bawa motor, harini lupa bawa kereta” – Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mungkin pemandu tersebut terlupa bahawa pada hari itu dia menaiki kereta dan bukannya motorsikal.
Antara komen warga maya:
“Ni mesti lupa tukar kereta kat waze ni.. dulu aku pernah termasuk highway smart sebab lupa tukar motor kat waze”
“Brader grab tu pon dah fedup”
“Grab be like.. please cepat nanti tak pasal grab kena marah lambat hantar order”
“Minggu lepas terjumpa myvi kat jalan motor, habis member tu takleh ke depan or undur HAHAHAHAHA”
“Waze kata lalu sini lalu sini lahh”
Video yang tular di laman TikTok: