Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan untuk golongan yang suka makan lewat malam. Semakin lewat malam, semakin ramai pula membanjiri gerai makan.
Boleh dikatakan ramai suka makan burger apabila lapar tengah malam kerana ia sedap dan mudah didapati.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah cafe telah variasikan makanan tersebut dan menyediakan ‘Burger Tower’ mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mastikajunaidahkassim, dapat kita lihat seorang pelayan bawa burger bertingkat ke meja pelanggan.
Walaupun burger tersebut kelihatan sangat menyelerakan, namun netizen pula mempersoalkan bagaimana mereka mahu makan kerana terlalu tinggi. Difahamkan kedai makan yang menyajikan burger tower ini terelatak di sekitar kawasan Perlis iaitu Ana Burger D’Cafe.
Menerusi sebuah lagi video, dia turut menjawab persoalan orang ramai dengan menunjukkan cara dia makan burger tersebut malah dia juga memkalumkan besi yang digunakan sangat kukuh dan sukar untuk terbalik.
“Cara makan dia bawa keluar satu persatu dari atas letak atas pinggan pastu makan la… Jgn risau stand dia besi kukuh mmg tak jatuh..” ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terliur melihat burger tersebut yang bukan sahaja tinggi namun cheesenya juga melimpah.
“Kalau tumbang kena cepat-cepat tangkap ni. Terfikir macam mana orang yang buat burger tu” – Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan pasti auto hilang ‘mood’ jika burger tower tersbeut terbalik dek kerana ketinggiannya.
Antara komen warga maya:
“Nak makan macam mana ek”
“Tak dan makan.. jatuh atas kepala..”
“Nak mekedaqah macam mana tu”
“Kalau tumbang kena cecepat tangkap nii”
Video yang tular di laman TikTok: